welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, February 10, 2010

OPS Sikap bermula - kesesakan teruk bermula Di Terengganu

Dua jambatan yang akan dibina oleh kerajaan Terengganu yang bernilai 400 juta tidak akan mengurangkan kesesakan jalanraya. Inilah yang diperkatakan dulu. Ada yang membantah tulisan aku mengenai jambatan, ada yang kata aku tidak dapat projek atau tender. Kesesakkan dah bermula hari ini, Cuti semperna tahun baru cina akan menambahkan lagi kesesakan lalulintas, cuti yang panjang akan memanjangkan lagi kenderaan yang masuk ke bandar dan jambatan sultan mahmud. Tetapi jambatan yang dibina jauh dari jalan utama, apakah perancang bandar terengganu hanya sekadar tangkap muat sahaja. Asal buat sudah jambatan nak buat dalam hutan rimba pun tak apa.

Dah semakin sesak menghala ke jambatan, esok makin sesak lagi


Plat kereta luar dah mulai memasuki terengganu

Dengan cuaca yang amat panas di Terengganu sekarang akan menambahkan lagi suhu dalam kereta masing masing, sikap tidak sabar, dan pemandu yang masing mahu menunjuk hebat akan menyebabkan kemalangan akan bertambah, Potong Q akan menjadi jadi. pelbagai aksi dan perangai boleh dilihat semperna tahun rimau. perangai pun macam rimau.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP