welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, February 10, 2010

Dynasty Yeh kembali berkuasa - mimpi ke cobaan ini

Kedah akan jatuh ke tangan Barisan Nasional menjelang April 2010, semua negeri akan jatuh ke tangan Barisan Nasional menjelang tamatnya tahun naga 2010 ini. Parlimen Malaysia, Barisan Nasional akan mempunyai majoriti 2/3 selepas kemasukan beramai-ramai ahli parlimen pembangkang terutama dari Pas. Tekaan bahawa mahkamah filem tamil akan memutuskan MB zambry adalah Mb yang sah dah boleh dibaca dari awal tahun lagi. Pakcik kedai kopi siang malam pun dah boleh mengagak keputusan ini. Siap tepuk meja dan tepuk dahi pakcik pakcik kedai kopi membuat ramalan. Mungkin ini berita sohih dan benar. Tapi berita paling kelakar hari ini yang boleh dijadikan modal gelak sampai berguling-guling adalah kembalinya dynasty yeh memerintah negeri terengganu darul iman.
Orang terengganu mesti ketawa sehingga lenguh "keng" kerana pok yeh kembali menjadi MB. siapa yang memberikan berita yang soheh dan benar ini. Terlampau banyak kesalahan yang dilakukan oleh dynasty yeh kepada tuanku al sultan Terengganu. Mewakili penduduk Terengganu, walaupun aku tiada sumber dan maklumat dalaman yang sohih dan benar, aku dan rakyat terengganu percaya bahawa Dynasty yeh tidak akan menjadi Menteri Besar lagi Di Terengganu selagi al sultan mizan menjadi sultan di Terengganu.
Kes demo depan istana tuanku masih menjadi perkara berdarah di hati sultan. Sultan Terengganu amat penyayang kepada hamba rakyatnya. tetapi peristiwa ini sukar dimaafkan samada oleh tuanku atau pun rakyat jelata. Panglima perang dynasty yeh dan menjadi blogger sekarang dan banyak membuat rayuan didalam blog diiringi dengan linangan air mata supaya riwayat panglima perang dari ajil di lanjutkan lagi sehingga menjelang PRU yg ke 13. Dalam blog beliau, panglima merayu diberikan lagi masa untuk menabur bakti dan jasa kepada rakyat ajil. Banyak benda lagi yang perlu dilakukan kata beliau di kawasan ajil supaya membangun seperti kawasan lain.
Banyak benda yang dynasty yeh lakukan seperti pembinaan masjid (surau kristal) yang menelan belanja beratus juta rm malaysia hasil usahasama merompak melibas duit ehsan yang terperuk di Putrajaya setelah melakukan rampasan kepada duit royalti semasa kerajaan pas memerintah Terengganu.
Surau kristal ini tidak boleh dilakukan solat jumaat kerana gagal memenuhi syarat yang ditetapkan. Dynasty yeh telah menipu sultan menyatakan bahawa masjid kristal yang dibina ini boleh dilakukan solat jumaat. Al sultan mempunyai ilmu ugama dan juga penasihat-penasihat dalam bidang keugamaan. Bukan mudah untuk dynasty yeh menipu sultan. Tuanku begitu murka dengan kelakuan Dynasty yeh ini memberikan laporan palsu kepada tuanku.
Banyak lagi kesalahan-kesalahan dynasty yeh yang melukakan dan mencarik hati tuanku alsultan terengganu, bukan mudah untuk memaafkan dynasty yeh. Sultan sampai hari ini kalau boleh dalam apa saja upacara kalau boleh masih mengelak untuk bertemu dengan dynasty yeh. Jadi dimana rasionalnya berita bahawa dynasty yeh akan kembali menjadi MB, maklumat yang sohih dan benar pun agak agak lah nak menulis. aku pun dah lenguh "keng" ketawa, berhenti dululah nak baiki "keng", cabut keng susah lak nanti

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP