welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, February 10, 2010

Projek tambak Laut Lapangan Terbang - tak siap siap lagi

Projek memanjangkan lapanganterbang sultan mahmud telah bermula pada era pemerintahan dynasty yeh 2004 - 2008. Projek menambak laut untuk memanjangkan landasan hampir 1.5 kilometer adalah untuk pendaratan kapalterbang boeing. Projek ini telah bermula pada 2005 dan sampai ke hari ini 10//02/2010 jentera-jentera pengorek masih lagi disini. Projek ini sepatutnya dah siap sebelum 2008 semperna pembukaan sukan Malaysia (Sukma). Jentera ini terus berada disini untuk bersiap sedia untuk menambak jika berlaku hakisan kepada laut. Laut disekitar ini adalah satu tempat yang berlaku hakisan yang amat teruk saban tahun, dan apakah rasionalnya penambakan laut untuk memanjangkan landasan. Kajian awal mengatakan bahawa pembinaan lapangan terbang yang baru lebih murah kosnya berbanding membuat pengubahsuaian seperti sekarang. Namun atas kedegilan dynasty yeh, projek menambak laut diteruskan.

Jentera-jentara ini boleh dilihat apabila melalui jalan belakang lapangan terbang. Hakisan tetap akan berlaku walaupun banyak bongkah batu besar diletakkan sebagai pendinding kepada hentaman ombak. Beberapa lori yang mengangkut bongkah batu ini dapat dilihat. Sebanyak mana duit rakyat atau duit royalti yang dibelanjakan untuk syarikat terus menjalankan kerja-kerja penambakan laut, apakah projek ini seumur hidup, selagi ada bulan matahari, atau selagi belum kering duit royalti. Setiap hari dapat dilihat kerja-kerja diteruskan tanpa henti, sudah hampir 2 tahun dynasty yeh menyembah bumi, namun syarikat ini tetap dapat menyedut pasir bersama duit-duit masuk ke kantung syarikat. Milik siapakah syarikat yang berdaya saing ini?

Tengok betapa untungnya syarikat kroni yang saban hari dapat menjalankan tugas-tugas tanpa ada gangguan daripada mana jabatan samada jabatan alam sekitar, jabatan kerja raya dan juga jabatan jabatan lain yang bersangkutan. Dynasty id dah 2 tahun bertakhta tapi belum mampu menyekat syarikat kroni terus menjalankan tugas-tugas menyedut pasir dan menambak laut, kerja-kerja sia-sia yang tiada kesudahan, dulu masyarakat melayu mengatakan kerja menambak laut adalah satu kerja sia-sia tapi tengok sekarang kerja-kerja menambak laut adalah satu perniagaan yang amat menguntungkan. Tambak hari ini, esok hakis lagi, tambak lagi, sedut semula pasir yang masuk kelaut. mungkin satu hari nanti ada juga kerja-kerja "mengecat langit", ini tidak mustahil kepada negeriku terengganu. Tidak pernah sebelum ini, memahat sejarah mencipta tamadun. Inilah kerja-kerja bodoh umno terengganu. jangan tanya kenapa projek ini diteruskan nanti dynasty id ajak gocoh. LA untuk projek mengecat langit dah tersedia, dan VO akan diberikan dari semasa ke semasa.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP