welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, February 11, 2010

GST - Baik untuk kesihatan ekonomi (TIPUUUUUUU)

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), berdasarkan anggaran terkini, tidak akan mengakibatkan peningkatan harga berikutan pengimbangan hasil pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), kata Pengerusi Panel Kajian Semula Cukai Kementerian Kewangan Datuk Kamariah Hussain.Beliau berkata secara logiknya, melalui GST, pengguna akan membayar 4.0 peratus cukai berbanding cukai perkhidmatan sekarang iaitu 5.0 peratus dan cukai jualan 10 peratus."GST adalah progresif, bukan regresif, dengan cukai pada 4.0 peratus, kadar GST adalah kurang daripada SST sekarang," katanya pada forum Affin Investment Bank mengenai GST

Dengan bangganya kerajaan mengumumkan bahawa GST adalah lebih baik dari cukai yang ada sekarang, Kerajaan malaysia ialah sebuah kerajaan yang satu satu kerajaan yang akan mengenakan cukai sebanyak mungkin, dan lontaran idea untuk menambah wang kantung negara adalah sudah menjadi agenda kerajaan sekarang, Sepanjang pemerintahan umno di Malaysia, jarang-jarang berlaku satu tindakan yang akan menguntungkan rakyat. Susah nak dipercayai bahawa GST tidak akan menaikan harga barang, bahkan ia akan menyebabkan rakyat Malaysia akan lebih menderita dengan kenaikan cukai GST ini. Cukai GST akan dikenakan dari kepala sampai ke ekor.

Satu Barangan yang belum sampai ketangan pengguna akan dikenakan cukai berkali-kali, dan apakah ini tidak menaikan harga barang, ni cakap panel kementerian kewangan malaysia atau cakap along yang bertauliah. Kerajaan Malaysia tidak akan mengambil sikap mengenakan cukai jika tidak menguntungkan mereka. Kenaikan harga minyak petrol jelas sekali menipu rakyat, untuk menaikan harga minyak mereka mencari jalan dengan menghentikan petrol lama dan digantikan dengan petrol baru dan mereka boleh menaikan harga minyak. Rakyat mengeluh sekejap aje dan mengatakan hanya naik 5 sen sahaja, dan kes ini akan dilupakan oleh rakyat malaysia yang terlampau banyak makan semut kerana sering terlupa apa yang telah dilakukan oleh kerajaan malaysia kepada mereka.

Gula dinaikan harga sebanyak Rm0.20 sen, harga minuman segelas dinaikkan sebanyak 0.20sen. kerajaan melarang peniaga menaikkan harga minuman kerana kenaikkan hanya sedikit, ada serbuan dilakukan diawal kenaikkan harga gula, selepas itu, menteri hal ehwal pengguna menjadi betul betul tak guna untuk rakyat. harga minuman dikekalkan pada harga yang baru. Kerajaan sudah tidak mampu mengawal harga gula kerana kenaikan harga gula mentah dipasaran dan kerajaan berbuat demikian untuk membantu rakyat dari dijangkiti kencing manis. Power punya ayat-ayat yang dipersembahkan. sekali baca ishhkk prihatin kerajaan malaysia, 3 kali baca hampeh, kenaikkan harga gula adalah untuk memberikan kekayaan kepada pemegang AP gula yang baru, raja gula lama menarik diri kerana tidak tahan lagi dihurung semut, dan raja gula baru muncul, semut-semut yang datang dengan kadar kecil lagi. Apa jua yang dilakukan oleh kerajaan umno akan menyusahkan rakyat malaysia. runtuhkan umno sebelum rakyat rebah berguling guling.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP