welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, February 11, 2010

Kerajaan Federal dah abih duit - Tuntutan OT dibagi cuti

KUALA LUMPUR, 10 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut agar kakitangan awam diberi bayaran tunai untuk kerja lebih masa berbanding diberi cuti rehat, kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin. Katanya hampir 50,000 kakitangan sokongan dari pelbagai jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun diberi cuti rehat untuk kerja lebih masa sejak Disember tahun lepas. "Untuk setiap lapan jam kerja lebih masa mereka akan diberi satu hari cuti. "Kami menganggap ia satu ekspoitasi, dan mahu kerajaan membuat tindakan segera untuk menghentikan amalan ini kerana ia akan melunturkan semangat pekerja dan menjejaskan produktiviti mereka," katanya.
Kami mahu tunai kata setiausaha agung Cuepacs, apa yang terjadi pada kerajaan pas 1999 -2004 telah kena kepada kerajaan umno, dulu umno terengganu siap meracau-racau melolong disampuk polong kononnya kerajaan pas terengganu tiada duit untuk membayar overtime, kerajaan pas terengganu tidak pandai mentadbir. sampaikan duit nak bayar overtime pun tak ada. duit royalti dirampas dan diberi nama baru duit ehsan. Ini dinamakan pandai sangat mentadbir sampaikan kerajaan persekutuan kekurangan dana untuk membayar elaun lebih masa kakitangan kerajaan.
Cik det mantan Pm telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan PAS Terengganu tidak pandai mentadbir kerana tidak mampu membayar overtime. sekarang bawah anak didik cikdet najib one pun tidak pandai memerintah, pandai main congkak sahaja dengan penduduk kampung baru yang akan ditukarkan statusnya tak lama lagi, kampung baru akan tinggal nama sahaja akan datang dan berada dalam buku sejarah sahaja.
Duit 1 billion dibelanjakan untuk F1 satu malaysia, pekerja kerajaan akan semakin tertekan dan terhimpit dengan keadaan ini, keadaan ini akan dibimbangi akan menimbulkan lebih banyak rasuah untuk menampung kehidupan yang serba mencabar sekarang. barang naik harga rakyat naik minyak. bagaimana untuk memenuhi kantung khazanah negara, jual syarikat GLC, naikkan harga minyak tapi masih ada subsidi ( subsidi beruk mat yeh), memperkenalkan Cukai GST yang tidak membebankan rakyat kata pengerusi panel cukai. rompak hasil duit royalti minyak terengganu dan kelantan, Kutip wang tidak bayar melalui perbendaharaan, kutip wang melalui kad kredit, jual enjin kapalterbang, jual negara last sekali.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP