welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, February 26, 2010

Cuepacs: Jangan buat kerja lebih masa - tiru kerajaan pas 1999-2004

Cuepacs menyarankan pekerja Kumpulan Sokongan II membuat kerja sampingan bagi menjana pendapatan tambahan sekiranya jabatan tidak mempunyai peruntukan bagi membayar kerja lebih masa yang dilakukan. Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs ada menerima aduan dari pekerja kumpulan sokongan itu bahawa mereka tidak dibayar bagi kerja lebih masa yang dilakukan atas alasan jabatan tidak mempunyai peruntukan atau "bajet"."Jadi buatlah kerja anda seperti biasa dari 8 pagi hingga 5 petang, lepas itu tidak perlulah buat OT (kerja lebih masa), pergilah tukar baju, jadi pemandu teksi ke," katanya ketika ditemui pemberita pada bengkel tatatertib sektor awam dan mesyuarat khas Majlis Kongres Cuepacs di Kuala Lumpur hari ini.Omar berkata pihak jabatan sepatutnya membayar kerja lebih masa yang dilakukan walaupun tidak sepenuhnya agar tidak menjejaskan produktiviti."Janganlah tidak membayar langsung. Contohnya, jika pekerja buat kerja lebih masa 100 jam, sekiranya jabatan tidak boleh membayar 100 jam, bayarlah bagi 70 jam kerja lebih masa. Lagi 30 jam dijadikan sebagai cuti gantian," katanya.


Kalau dulu kerajaan pas terengganu yang kekurangan dana dan buget untuk membayar overtime kepada pekerja perkhidmatan kerajaan dikutuk, dihina dan dicaci, pas dikelantan dah lama membuat peraturan ini kerana kekurangan duit untuk membayar kakitangannya kerana kekangan dari umno yang melambatkan pembayaran geran kepada pihak negeri, kenapa hanya jika pas yang membuatnya akan menerima cemuhan, kutukan dan fitnah, tapi bila umno menggunakan pendekatan yang sama, senyap, sunyi sepi bagaikan setan bisu, mana dia orang yang melaungkan ketidakupayaan kerajaan pas terengganu memerintah negeri. apakah sekarang tok jid pandai sangat memerintah negara sampaikan kerajaan pusat sudah kekeringan duit untuk membayar overtime.


kenapa cuepacs tidak bersuara seperti ini hanya tahu mengutuk kerajaan pas terengganu. rakyat tahu ke yang pas terengganu terhimpit dengan pembiayaan dan hasil yang kecil yang diterima untuk mentadbir negeri, sekarang kantung wang kerajaan pusat sudah kering kerana perbelanjaan yang bangang dalam menguruskan kewangan negara. Tok jid akan menyalahkan mantan Pm pak lah kerana terlalu hebat berbelanja dalam memenuhi kegilaan PM melancarkan projek projek tidak masuk akal. Apakah ini dinamakan hebat memerintah? dimana cendiakawan yang lama dulu yang mengfitnah kerajaan pas terengganu.


kenapa rakyat senyap saja, apakah blogger tak tahu keadaan ekonomi sekarang, kenapa tidak ada penulisan tentang apa yang terjadi kepada wang negara, kenapa masih mahu menulis perkara perkara yang bangang atau berlagak bangang. atau ramalan blogger masih jauh lagi, atau tidak nampak dalam air sirih blogger yang hitsnya berjuta juta, yang hebat menabur fitnah kepada pemimpin pas yang menghiasi laman laman sesawang blogger dari mendedahkan apa yang kerajaan pusat buat sekarang.


Inilah modal kerajaan gelombang biru, umno akan membayar ot jika kembali memerintah, mana mana projek yang terbengkalai akan dilaksanakan, wang ehsan akan lebih banyak memenuhi poket rakyat terengganu. inilah janji janji umno dulu, 8 tahun kemudian umno kering dari pusat ke kerajaan negeri, blogger senyap aje, macam bersimpati dengan kerajaan pusat, masa pas dulu bukan main lagi dicanangkan, Banyak fakta fakta yang disembunyikan oleh blogger kerana mereka mempunyai orang dalam yang boleh memberikan mereka maklumat, dapat maklumat yang telus tidak akan menarik pembaca, jadi berita fitnah yang akan menghiasi laman sesawang. hits menjadi tinggi. itu yang dikejar. berita berita fitnah yang diberikan. bukan yang benar tetap benar yang salah tetap salah. slogan retorik golongan blogger sahaja.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP