welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, February 25, 2010

PAS bangunkan Markas Tarbiyyah sebagai Kolej Universiti

Tapak markas pas Taman Melewar, gombak akan dibangunkan semula menjadi institusi pengajian tinggi yang menawarkan keperluan industri negara, Nama kolej universiti semperna presiden pas, "Kolej Universiti Prof Dr Zulkifli Mohamad". Pas Pusat telah bersetuju dan akan mula mengambil pelajar mulai pertengahan tahun ini ini selepas kurikulumnya diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).


"Pembinaan institut itu menelan belanja hampir RM2 juta dan ditampung oleh wang sumbangan orang ramai dan dermawan," katanya ketika melawat tapak kolej universiti itu yang sedang giat dibina, hari ini. Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad berkata, Majlis Pendidikan PAS Pusat kini dalam proses mengemas kini kurikulum institut itu. "Kita mahukan kursus-kursus yang ditawarkan adalah lebih menjurus kepada kursus-kursus keperluan industri dan bukannya kursus tradisi. Mengenai kelayakan, jika kursus kita menepati syarat-syarat saya rasa tiada masalah


Semoga usaha membina dan mendidik anak bangsa dirahmati allah. Semoga suara suara sumbang sebelum ini yang mengatakan Pas sudah tidak memandang lagi kepada Pusat Tarbiyyah Taman Melewar kerana sudah memiliki bangunan di jalan raja laut dapat menutup mulut mulut yang lancang melemparkan tuduhan. Harapan besar rakyat agar kolej universiti ini dapat menawarkan kursus yang releven kepada pekerjaan semasa bukannya kursus tangkap muat dan menyusahkan pelajar apabila hendak memasuki pasaran kerja. Kurikulum diharapkan adalah yang paling terkini. dan apbila pelajar ini tamat belajar mampu bersaing untuk memenuhi pasaran buruh.


Pekerjaan yang memerlukan kepakaran tinggi banyak yang kosong tapi tidak mampu dibekalkan oleh kolej universiti tempatan dan kerajaan terpaksa mengimport pekerja yang mahir ini untuk memenuhi permintaan dalam negara. Dengan ini pengaliran wang negara dapat di sekat. misalnya permintaan untuk pengaturcaraan dalam pelbagai bahasa masih lagi kurang dan pekerja dari india datang memenuhi pasaran ini. Banyakkan kursus yang mendapat permintaan tinggi dalam alam pekerjaan bukannya sekadar untuk mendapatkan segulung ijazah atau master atau phd. Semoga allah memberkati usaha usaha pas ini, Pas melangkah setapak lagi untuk membantu rakyat malaysia, semoga pas semakin relevan dalam arena politik tanah air. semakin menunjukkan kesungguhan untuk memerintah negara dan menjadi parti politik yang berkebajikan. Insyallah. Takbirrrrr

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP