welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, February 26, 2010

monolog seorang aku - penyokong PAS

Aku mengenali pas sewaktu aku masih kecil lagi, ayah ku seorang parti sosialis malaysia atau lebih dikenali sebagai parti kepala lembu, ayahku tak pernah mengenalkan aku kepada parti kepala lembu, parti united malay national organisation (UMNO) dan juga parti parti islam semalaysia (PAS), aku masih ingat kalau PRU berlangsung akan amat gembira menampal poster parti pembangkang walaupun tanpa sebarang upah, aku cukup seronok memasang bendera siang atau malam, minum bersama sama teman persekolahan hanya tea o dan beberapa keping biskut kering. Mendirikan bangsal untuk tempat parti pas melakukakan kerja kerja mencula undi, memasang poster calon pas yang diikat pada tali ropia. lepas itu poster ini akan diikat di tiang letrik, berjaga malam sampai pagi dan menjadi rutin, ayahku tak pernah melarang dan menyuruh aku menolong parti pembangkang.



aku masih tidak mengerti apa itu wala' apa itu thiqah, aku tidak pernah hadir usrah, tamrin atau juga ceramah anjuran pasti pas. dan aku memang tidak berminat untuk menghadiri majlis majlis ugama seperti itu, jiwa aku tidak pada tempat itu. aku hanya tahu menolong parti pas semasa pilihanraya berlangsung, kampung aku memang terkenal dengan hardcore UMNO sampaikan tok iman dan tok bilal menyokong umno. Pas akan memperolehi jumlah undi yang amat kecil walaupun begitu, penyokong dan ahli pas tetap bekerja keras demi pas, walaupun keputusannya dah boleh di berikan. lebih dari 2 per 3 penduduk kampung aku adalah ahli dan penyokong umno.
ramai rakan sepermainan aku menyuruh aku hadir di dalam majlis umno, samada dalam majlis berkhatan, majlis menyambut YB, aku tak tahu kenapa aku tidak berminat langsung dengan umno, aku hanya hadir dalam majlis permainan bolasepak, badminton, lain majlis anjuran umno aku tak akan hadir walaupun mendapat upah, air dan sehelai baju Tshirt. walaupun aku tahu siapa yang menyokong umno akan mendapat biasiswa dan juga wang untuk membayar yuran peperiksaan. ayah aku bukan orang kaya, tapi aku amat senang bersama pas. walaupun susah mendapat biasiswa walaupun aku layak menerimanya. aku bukan ahli pas, siapa yang didapati penyokong pas akan dilayan lebih teruk dari warga bangla dan indon waktu ini, untuk mendapatkan tandatangan untuk menyokong pembahagian buku teks sekolah. walaupun ketua kampung aku seorang yang hardcore umno, dia selalu bagi ceramah kat aku tentang umno waktu aku nak mendapatkan tandatangannya, aku tetap tak minat dengan umno, kerap kalu disindir waktu mendapatkan tandatangan.



Apabila aku masuk sekolah menengah aku masih lagi bersama pas, aku tidak pernah lari dari mengikuti apa jua tentang pas, tapi aku masih tidak berminat dengan umno, bagi aku umno satu parti yang menyusahkan. aku hadir kali pertama dalam kuliah mingguan jumaat di kampung yang jauh dari kampung aku, aku hanya hadir dan duduk dalam semak dan jauh dari tempat kuliah agama, disitu aku tengok, semua yang hadir ke tempat kuliah mingguan adalah orang orang yang tiada berpangkat, tiada kereta mewah, yang ada cuma basikal dan motor, berkain pelikat lusuh, kebanyakan petani, nelayan dan juga pekerja kontrak. tiada pegawai kerajaan yang berani hadir di kuliah mingguan dihari jumaat.


aku hadir hanya untuk mengetahui bukan untuk menjadi ahli pas, sepanjang kuliah itu, tiada satu pun perkataan yang keluar dari mulut tok guru menyuruh pendengarnya menjadi ahli pas, tok guru hanya menyuruh mencari kebaikan untuk bekalan untuk hari akhirat, tiga kitab yang dibaca dan ditafsir, kuliah akan berakhir pada pukul 10.30 pagi atau sebelum pukul 11.00 pagi, Aku tidak hadir di rusila atau kubang lembik tempat paling popular untuk penyokong dan juga ahli parti pas. aku memilih surau yang kurang popular kerana orang kata tok guru ini terlalu keras identiti islam, tiada kompromi langsung, tidak ayat yang berlapik digunapakai semasa menerangkan apa yang hak dan yang bathil. Tok Guru Ustaz Awang nasruddin atau lebih dikenali sebagai TUKUL BESI dikalangan penyokong, ahli dan juga musuhnya umno. Musuh utama tok guru dan ulamak awang jidin ini ialah umno. bersambung.......

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP