welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, February 19, 2010

3 negeri BN tak adakan perarakan maulud - mana suara beruk beruk

Johor, pahang dan perlis tidak mengadakan perarakan maulud, jadi dimana suara suara beruk beruk yang sibuk baru baru ini yang menghentam kerajaan Pulau Pinang siang dan malam, tanpa perarakan maulud adakah siar islam mati. apakah empayar islam dizaman silam bani abassiyah, bani umaryyah, hingga ke empayar othmaniah diturki gemilang kerana setiap tahun mengadakan perarakan maulud. Mana dia mufti perak yang sibuk lebih umno dari umno mengulas semua isu islam dinegeri pakatan rakyat. seolah olah kerajaan dinegeri pakatan rakyat tidak tahu meninggikan martabat islam. hanya negari yang diperintah oleh umno sahaja yang tahu meninggikan martabat islam.

Dipahang hanya sekali diadakan perarakan maulud pada tahun 2008, lain lain tahun dijadikan hanya ceramah maulud sahaja. jadi dimana rasional kutukan yang dilemparkan oleh para pengampu pembodek kerajaan umno, muhyidin senyap je tak kan tak nak mengulas, penjual negeri johor begitu lantang mengkritik kerajaan penang yang tidak akan mengadakan perarakan maulud. mana perginya tok guru di kelantan yang mengatakan tok guru nik aziz dah sesat kerana mengatakan tak apa tiada perarakan maulud. kenapa tok guru ni senyap aje bila 3 negeri dibawah pemerintahan umno tidak mengadakan perarakan maulud.

kenyataan ketiga-tiga negeri dibawah pemerintahan umno selari dengan kenyataan mb besar kelantan, jadi kenapa muhyidin, pemimpin umno di penang, ahmad maslan ketua penerangan yang begitu lantang meminta Lim guan eng meminta maaf jika bersalah kerana tidak mengadakan perarakan maulud. jadi apakah ketiga tiga negeri umno ini bersalah kerana tidak mengadakan perarakan maulud. semuanya jadi setan bisu bila kerajaan dibawah pemerintahan umno tidak mengadakan perarakan maulud.


kenyataan dari ketiga tiga negeri ini sekaligus menamatkan kontroversi kerajaan pulau pinang kerana tidak mahu mengadakan perarakan maulud, akan senyap dan sepi selepas ini, mereka hanya menerima ludah mereka kembali tanpa perlu sesiapa dari pakatan rakyat meludah mereka kembali. bau hanyir dan bercampur fitnah yang mereka ludah sudah terpaksa ditelan kembali. sepatutnya di ketiga-tiga negeri ini dihukum kerana tidak mengadakan perarakan maulud dan menerima kecaman dari terutama mufti perak yang amat alim dari ulamak diseluruh dunia, begitu juga tok guru dari pondok kelantan yang mengatakan tok guru nik aziz dah menjadi sesat. adakah mereka ini semua mampu memohon maaf di atas ketelanjuran yang mereka lemparkan kepada tok guru nik aziz. fitnah dah menjadi makanan dan minuman harian mereka selamanya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP