welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, February 19, 2010

Bazaar Kraf atau bazaar idrisi attarturk turki - mengjahanamkan wang rakyat edisi 1

Bazaar kraf atau bazaar turki dibina ilham apabila mantan MB deris melawat turki, idea yang timbul melihat pasar atau Grand Bazaar Istanbul di Turki berjaya menarik pelancong dari dalam dan luar negara, menghimpunkan barangan kraf disatu tempat sahaja. Dengan kos hampir 18.4 juta rm malaysia bazaar ini bina dan dipantau oleh mantan exco wang hisham, Dibina kerana janji janji MB deris sewaktu melawat pasar kedai payang. Idea pembinaan ini mulanya dilihat amat baik kepada peniaga barangan kraf negeri terengganu. rakyat terengganu amat teruja dengan idea ini. Rakyat berharap bazaar ini menjadi tempat yang strategik untuk berniaga dan maju seperti grand bazaar di turki yang menjana ekonomi kepada negara turki
Tapi masalah mula timbul bila pembahagian lot lot perniagaan diberikan kepada orang orang yang mempunyai kepentingan kepada parti dan juga peniaga peniaga yang sudah mempunyai kedai didalam pasar kedai payang. dasar diskriminasi diteruskan oleh mantan mb tongkat langit. selepas 5 bulan disiapkan bazaar ini terus sepi dari aktiviti perniagaan hanya 2 buah kedai yang dibuka dan beroperasi. Kerosakan bertambah teruk terus berlaku dan tidak mustahil bazaar ini juga akan runtuh seperti binaan lain di zaman idris attaturk.

Tiang penghadang diperbuat dari kayu sudah patah dan merbahaya kepada pengujung, hanya diletak tali merah sebagai penghadang, jika ada yang jatuh dan cedera mungkin baru dibaiki.


Lenggang tiada pengunjung, walaupun pada hari kelepasan am, walaupun dipasar kedai payang sibuk dengan pelancong. bazaar ini tetap sepi, sesepi hati deris kerana gagal jadi MB

Kerosakan yang menghadap bukit puteri, patah juga, tiang penghadang dah hilang, bahaya kepada pengunjung


Lif masih beroperasi tapi pengunjung atau pelancong tidak mahu naik keatas kerana tiada kedai yang dibuka, hanya ada 2 atau 3 buah saja yang beroperasi ditingkat atas.


senibina yang diambil dan dilhamkan adalah bercirikan islam dan turki

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP