welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Saturday, February 20, 2010

Malang Rakyat malaysia - pm gila facebook

Datuk Seri Najib Tun Razak gembira dan terharu melihat sambutan orang ramai terhadap laman sosial Facebooknya yang setakat ini mencatat hampir 102,000 peminat atau pertambahan purata 1ebih 1,000 orang sehari.Perdana Menteri berharap keadaan itu akan berterusan.

apalah malang nasib rakyat malaysia, dulu mantan Pm suka tidur, turun yang suka tidur tidak kira dimana mana tidur aje kejanya. Naik yang baru dengan slogan 1malaysia dan rakyat didahulukan dan percapaian diutamakan, rakyat rasa mungkin keadaan ekonomi akan berubah dengan cepat. menengok kepada kejayaan ayahanda dia dulu, mungkin genetik kecerdikan akan ada dalam dirinya. Tapi hari ini rakyat dapat menilai bahawa Pm Malaysia sekarang sangat suka dan gila kepada facebook. Kalau gila sangat main facebook, berhenti je jadi pm, duk rumah main facebook macam budak budak yang tidak cukup akal.

Bukan salah ada facebook tapi apa yang perlu diutamakan kenalah diutamakan, usaha usaha ke arah kebahagian rakyat terus diabaikan, harga minyak akan terus dinaikkan, setelah ada menulis surat kepada PM diadakan dan hadiahnya 25 ribu rm, tidak mustahil akan diadakan juga pertandingan facebook, beruntungnya pemuda pemudi yang gila facebook, siang malam duk mengadap facebook dan disertai oleh Pm 1malaysia, canggihnya malaysia, Pm dan rakyat bersatu bermain facebook, nasib rakyat miskin terus didiamkan dalam media arus perdana, digambarkan rakyat yang kayaraya, hidup senang lenang tanpa memikirkan masalah ekonomi, pendidikan terus diabaikan, cikgu makan nasi bungkus, cuma yang bertuah polis, dapat kenaikan gaji, 50,000 lagi penjawat awam sementara, kontrak atau sambilan akan diberhentikan mulai mac 2010, Pm 1 malaysia terus berharap fan dia dalam facebook meningkat.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP