welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, January 6, 2010

Web carian untuk Umat islam (Im halal)


Enjin carian berdasarkan nilai-nilai Islam itu dilancarkan tahun lalu di mana ia menapis kandungan internet yang disifatkan penciptanya sebagai hanya mengandungi halaman web bersih yang tidak mempunyai bahan lucah. Ia memberi peluang kepada umat Islam seluruh dunia untuk membuat carian di internet dengan selamat tanpa berhadapan dengan kandungan yang berunsur lucah atau salah. Sebaik saja pengguna menatap kandungan yang dikategorikan 'salah', enjin carian akan bertukar kepada satu nasihat.
Apabila pengguna mencari perkataan seperti 'seks' atau 'bogel', misalnya, enjin carian akan terus memberitahu pengguna bahawa keputusan pencarian itu mengandungi bahan yang haram atau bersifat tidak Islam. Enjin carian Islam pertama di dunia itu boleh diperoleh dalam 15 bahasa termasuk Arab, China, Parsi, Turki dan Bahasa Inggeris. Di Mesir, lebih 90 peratus daripada 80 juta penduduknya beragama Islam dan sekitar 12 peratus yang menggunakan enjin carian baru ini dianggap memberikan mereka apa sebenarnya yang dicari.
Pengasasnya, Reza Sardeha, 20, pelajar Iran-Kuwait yang tinggal di Belanda berharap enjin carian baru itu akan menjadi halaman pencarian nombor satu di kalangan pengguna Islam.Paling mengejutkan, 'ImHalal' juga mendapat sambutan daripada penduduk minoriti Kristian di negara itu. Selalunya kita akan menggunakan google yang mana google ini telah mencapai syarikat multi billionaire dari segi kemampuan kewangan dengan bantuan orang islam, Pereka laman carian ini akan mengupgrade dari masa ke semasa. Bantulah sesama islam menggunakan carian ini. Diperingkat awal banyak lagi masalah akan timbul seperti mana google yang telah menjadi sebahagian dari hidup pelayar-pelayar internet seluruh dunia. jika seluruh pelayar islam menggunakan laman carian ini tidak mustahil laman carian ini akan menjadi satu gergasi baru dalam dunia internet.
Kalau nak memertabatkan islam bermulalah dengan enjin carian ini, dengan menggunakan enjin pencarian ini bermakna kita telah membantu sedikit sebanyak sesama saudara islam kita di seluruh dunia. Bergabung tenaga dan berharap enjin ini mampu memberikan cabaran yang ampuh kepada enjin-enjin lama yang telah lama wujud berakar umbi di dalam minda umat islam seperti Google, Yahoo, excite dan enjin enjin carian yang lain. Beri peluang yang sama kepada pereka laman enjin carian ini. Kita berharap bila enjin ini menjadi gergasi dalam bidang internet, janganlah ada tangan-tangan yahudi yang akan menyelinap masuk ke dalamnya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP