welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, January 6, 2010

Kenapa Menghala Tembakan sesama sendiri

Projek umno untuk menghuruharakan Pakatan Rakyat dan sekutu-sekutunya nampak berhasil, Pm Umno berjaya menjadi kapitan dalam menguruskan hal ini. Kes penggunaan nama Allah telah berjaya mengangkat kembali nama Umno dipersada politik yang selama ini lesu. Umno bangun dan duduk di barisan hadapan untuk kononnya berhadapan dengan pihak kristian. Apakah Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat atau yang berfikiran bebas sudah lupa bahawa di Malaysia, keputusan Mahkamah boleh berpusing 360 darjah. Apakah kita lupa pada Kes Ir Datuk Seri Nizar di Perak, apakah kita lupa kes Kota Seputih, setelah keputusan mahkamah telah dibuat dan bila dibuat rayuan ke atas keputusan tersebut, apa yang tidak pernah terjadi akan terjadi. Dato seri Nizar berupaya kembali menjadi MB dalam masa tak sampai 24 jam, dan keputusan mahkamah rayuan hanya bersidang 20 minit dapat memterbalikan keputusan tersebut.
Mengapa kita dibarisan pembangkang masih bangang, diperbudakan, diperbodohkan dan dipermainkan dengan mudah, akal berputar memikirkan keadaan, siang dan malam blog-blog yang kononnya menyokong Dasar Pakatan Rakyat mengasak Pas sehingga ke Penjuru alam. Pas terpaksa bermesyuarat kerana hendak menentukan dasar berdasarkan nas Alquran. Bersekang mata para pemimpin Pas bermesyuarat dan mengeluarkan satu kenyataan yang mana akan menjadi tajuk debat antara blog-blog. Keputusan Pas semacam Marlboro light berangin tapi tidak menyengat. Apa jua keputusan yang dibuat oleh Pas akan menjadi isu debat yang hangat antara blog-blog. Blog-blog Pro Pakatan terus bergasak sesama sendiri, berbagai teori dan nas berpandukan Alquran dijadikan hujah untuk menguatkan hujah masing masing.
Mengapa peluru-peluru yang ada tidak digunakan untuk menembak musuh-musuh yang nyata, tapi menghabiskan masa dengan menembak sesama sendiri. Keputusan yang boleh dijangka akan dibuat oleh mahkamah terhadap kes berhubung dengan kes penggunaan kalimah ALLAH. Mahkamah akan menangguhkan keputusan yang telah dibuat tempohari, Skrip telah siap cuma perlu di touch sedikit bagi nampak gempak sikit. Pakatan rakyat terus diperbodohkan dengan mudah. Siri-siri tunjuk perasaan telah berlangsung tanpa gangguan dari Polis, apakah ini tidak menunjukan bahawa ini telah di rancang seperti peserta demo kepala lembu. Gunakanlah peluru untuk membunuh musuh islam bukan menembak sesama sendiri kerana kita ada banyak kelengkapan yang canggih.
Mengapa perlu kita menebuk kapal perjuangan sedangkan kita sama-sama dalam pelayaran tersebut. Adakah cerdik kita ini kerana tidak suka kepada seseorang atas hujahnya kita mengambil keputusan untuk menebuk kapal yang mana kita sendiri menaikinya. Apakah kita rasa kita akan selamat sampai kerana kita hanya menebuk hanya untuk memberi amaran kepada sahabat kita. Kapal akan tenggelam jika terdapat kebocoran, dan mungkin kita akan sama-sama lemas bersama kapal perjuangan ini. Semoga kapal yang kita naiki ini selamat sampai ke destinasi walaupun semasa pelayaran kita bersekeh, bersising lengan, luka cedera di humban musuh, teratuk di tiang layar kapal, jika bersatu selamat lah pelayaran ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP