welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, January 5, 2010

Strawberry Park Kijal - Institut jantung Negeri Terengganu


Kerajaan Negeri Terengganu adalah sebuah kerajaan yang prihatin kepada rakyatnya. Oleh kerana kesungguhan kerajaan negeri Terengganu dalam membela rakyatnya, Kerajaan Terengganu dibawah pimpinan YAB. Mat Said memerangkap Adun Kijal telah membeli Strawberry Park Kijal untuk dijadikan Institut Jantung Negeri. Dengan membabitkan kos bernilai Rm27,000,000.00 (27juta) Kerajaan telah melakukan proses pengubahsuaian terhadap resort tersebut. Ini bermakna pesakit-pesakit jantung rakyat Terengganu tidak perlu lagi ke Intitut Jantung Negara yang cuba dijual oleh Mantan Pak Lah kenapa Sime Darby. Apabila berlaku pendedahan penjualan IJN kepada Sime Darby, IJN tidak jadi dijual dengan harga yang amat murah sampaikan orang yang mengidap penyakit jantung menjadi sihat walafiat apabila menengok harga IJN yang akan dilelong kepada sime darby. Apakah usaha-usaha untuk mengswastakan IJN tidak berlaku lagi? atau telah dijual secara rahsia?
Apakah kos pembelian strawberry Park Kijal ini berbaloi dengan apa yang akan dipulangkan kepada rakyat negeri Terengganu atau sekadar menghabiskan duit EHSAN yang masih ada berbaki dalam kantung kerajaan negeri. Asalnya resort ini adalah resort yang bertaraf berbintang-bintang dan orang-orang yang bergaji seringgit dua ringgit Malaysia tidak akan mampu menyewa resort ini. Dan apabila resort yang bertaraf berbintang-bintang ini di jadikan institut jantung negeri, rakyat akan tertanya-tanya apakah rakyat biasa seperti nelayan, petani, pekebun kecil dan juga rakyat Terengganu yang berkasta rendah apakah mereka mampu menghuni institut ini jika dihinggapi penyakit jantung. Atau tunggu mati sahaja jika dihinggapi penyakit jantung kerana tidak mampu membayar kos berubat di Institut Jantung Negeri Terengganu.
Apakah rasional Institut Jantung Negeri ini dibina jauh dari Bandar Kuala Terengganu, sudah lah Strawberry Park Kijal ini berada jauh dibawah bukit Kijal, Jalan yang curam menuruni bukit untuk menuju ke strawberry juga akan menyusahkan orang yang sedia sakit, apakah di Kijal sudah kekurangan tanah rata yang boleh menyenangkan orang ramai pergi ke Institut tersebut jika siap diubahsuai nanti. Atau Strawberry Park Kijal hanya untuk dibailout kerana kerugiaan tidak mempunyai pelanggan setelah jalan utama dialihkan. Untuk menghalalkan bailout, kerajaan negeri membeli Strawberry Park untuk dijadikan Institut Jantung Negeri Terengganu. Apabila kroni-kroni kerugian, kerajaan akan bailout sesuatu benda yang tidak lojik dan tidak masuk akal. Untuk menampung kerugian kroni-kroni ini, kerajaan buat le projek pelik-pelik.
Kenapa Mb Mat Said tidak aje membeli mesramall. Mesramall dilihat lebih mesra pengguna dari Strawberry park kerana kedudukannya yang berada dijalan utama bukan nya di kaki bukit yang curam. Dan juga jauh dari jalan utama. Apakah kerana TMC telah dibuka menggantikan Giant yang sudah lama tidur dan digantikan dengan anak gergasi, cuma ubah nama je. Dari giant kepada TMC. Tmc dan giant adalah satu jenama yang yang dimiliki oleh Teng Family (Dairy Farm). Giant TMC diubah jadi TMC saja. Bijak bijak mat said ni.
Apakah nasib yang akan diterima oleh Institut Jantung Negeri Terengganu akan sama dengan Dewan Bedah Hospital seluruh Negeri Terengganu, yang mana masalah yang sama muncul hama dan kebocoran, sampaikan nak membedah pesakit terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan dewan bedah, bukan hanya berlaku di Kuala Terengganu saja, dewan bedah di seluruh hospital daerah Terengganu. Apakah ini rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. selepas siap diubahsuai masalah akan timbu kerana infrastruktur yang ada tidak mencapai apa yang diperlukan. Kenapa MB Terengganu Dato Haji Ahmad Said tidak membina bangunan baru untuk Institut Jantung Negeri Terengganu, dibina mengikut pelan yang boleh menyelesaikan masalah penyakit bukan menambah penyakit yang sedia ada. Sesuai ke keadaan alat-alat hospital jantung dengan keadaan fizikal mukabumi ditepi pantai.
Wahai Mb Terengganu buatlah sesuatu untuk menyenangkan rakyat jelata bukannya menambah derita dan kesusahan kepada rakyat, buat lah projek yang masuk akal bukannya tidak masuk akal, memang rakyat Terengganu amat memerlukan hospital dan juga institut jantung tapi buat dan bina di kawasan yang boleh diterima pakai bukan membina dan mengubahsuai sekadar melepaskan batut ditangga selepas tu kahaknya diludah ke muka rakyat. Rakyat Terengganu kena berubah sebelum rebah kerana mempunyai pemimpin yang tiada idea untuk rakyat, idea ada cuma untuk memenuhi kantung kroni-kroni biru.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP