welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, January 5, 2010

Stadium Utama - bina baru atau baiki

2009 Stadium utama telah runtuh sebahagian besar bumbungnya yang menjadi kebangaan mantan MB Tongkat Langit. Setelah hampir 6 bulan berlalu, penyiasatan telah berakhir kot, kerajaan telah mengeluarkan arahan kepada kontraktor utama supaya membina kembali bumbung yang runtuh itu. Kerja-kerja perlu dilakukan dengan segera kerana setelah sekian lama terbengkalai banyak aktiviti-aktiviti sukan dan juga aktiviti-aktiviti lain tertangguh. Harapan rakyat agar stadium ini kembali dengan keadaan baru dengan jaminan keselamatan yang tinggi. Yang menjadi persoalan sekarang, berapa banyak kos (puluh-puluh juta atau ratus-ratus juta)yang akan ditanggung lagi oleh pihak kerajaan negeri Terengganu? apakah duit rakyat akan binasa lagi dalam projek membaikpulih stadium ini? Mungkin Ini rahmat bagi exco infrastruktur YB Yahya Khatib.
Berapa lama masa akan diambil untuk membersihkan dan merombak kembali struktur yang sedia ada supaya sesuai dengan keadaan bumbung baru. Apakah struktur lama dapat menahan bumbung akan dibina kelak. Pada asasnya struktur utama tidak terjejas dengan teruk. Mungkin apabila kerja-kerja pembersihan dan pembinaan bumbung runtuh akan menemui lagi kerosakan-kerosakan baru akibat runtuhan bumbung tersebut, apabila kesan retak terjadi pada struktur asas
pihak kontraktor terbabit akan meminta peruntukan tambahan untuk menjalankan kerja-kerja membaik pulih terhadap struktur asas stadium ini. Jika ini terjadi, apakah kerja-kerja pembaikan akan menjadi lebih mahal dari kos asal pembinaan.
Jika kos pembaikan lebih mahal dari membina stadium baru, kerajaan negeri Terengganu perlu membina stadium baru dengan harga yang lebih murah. Tapi jika mahu komisen lebih, stadium perlu menjalani pengubahsuaian kerangka utama untuk menjamin keselamatan pengguna stadium. Aspek-aspek lain perlu difikirkan jika tidak mahu peristiwa lama berulang kembali. Adalah dicadangkan kepada kerajaan Negeri Terengganu bahawa bumbung stadium utama hendaklah menggunakan bahan asas sahaja, termasuk menggunakan atap nipah, ini dapat menjimatkan kos dan juga keselamatan pengguna terjamin kerana atap nipah ringan dan tidak membahayakan keselamatan manusia.
Semoga stadium utama dapat dibaiki dengan kadar segera kerana stadium tertutup pun juga telah mengalami crack dan linking. setiap kali hujan turun, stadium tertutup tidak dapat digunakan kerana bocor. Jika lambat dibaiki perkara yang sama dengan stadium utama akan terjadi runtuh dengan tidak sengaja. Bumbung stadium utama dulu kontraktor utama dan teknologi yang digunakan adalah dari Korea Selatan. Bumbung stadium tertutup tidak diketahui darri teknologi mana apakah AZRB membina teknologi sendiri. Bangganya jika Malaysia mempunyai teknologi sendiri.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP