welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, January 7, 2010

Klinik 1 Malaysia - satu pandangan umum

"KUALA LUMPUR 7 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Klinik 1Malaysia di Lembah Pantai yang menawarkan khidmat rawatan dengan bayaran RM1. Katanya, serentak dengan pelancaran itu, 44 buah lagi klinik seumpamanya beroperasi di seluruh negara. Beliau memberi jaminan kewujudan klinik 1Malaysia tidak akan menjejaskan klinik swasta. Katanya, Klinik 1Malaysia hanya menawarkan perkhidmatan rawatan sakit ringan dan bagi kes yang serius ia tetap dirujuk pada klinik swasta." utusan malaysia

Klinik 1 Malaysia ini diwujudkan untuk apa? Apakah selama ini hospital dan klinik swasta yang ada, kalau doctor melayu yang datang hanya pesakit melayu, kalau klinik doktor cina, pesakitnya pun mesti cina atau klinik doktor india hanya untuk pesakit india sahaja. Tiada tujuan yang khusus klinik ini di buat. Dibuat hanya untuk mengambil konsep 1 Malaysia yang di ucapkan oleh Pm yang mengantikan Paklah yang mengamalkan konsep Islam Hadhari atau makan lah ulam hari hari. Demi merealisasikan konsep 1 Malaysia bermacam-macam agenda akan diterapkan kedalam kepala rakyat termasuk Klinik 1 Malaysia. Selepas ini apakah lagi konsep 1 Malaysia akan diumumkan sambil menghabiskan duit rakyat.
Berapa kos yang akan dihabiskan dalam menyelenggarakan klinik 1 Malaysia ini. Berapa kah Kos pengubahsuaian untuk 45 klinik 1 Malaysia ini? Kos menyiapkan dan kos penyelenggaran klinik 1 Malaysia adalah termasuk dalam buget 2010. Pembaziran akan berlaku seperti mana pembaziran membina menara berkembar Petronas, hanya elok dipandang mata tapi cukup membazirkan duit petronas untuk menyelenggarakan bangunan berkembar itu. Klinik ini dibuat hanya untuk bagi duit kepada kroni-kroni secara halal. Apabila kos penyelenggaran menjadi terlampau tinggi dan tidak mampu lagi ditanggung ianya akan ditutup oleh kerajaan.
Berdasarkan kajian apa klinik 1 Malaysia ini diwujudkan. Apakah PM memang prihatin dan bertanggungjawab kepada kebajikan rakyat Malaysia atau ada undang disebalik batu. Mengkayakan kroni yang melakukan pengubahsuaian kepada klinik-klinik 1 Malaysia. Hanya seorang pembantu perubatan yang diletakan di satu satu klinik 1 Malaysia dan tiada ubat-ubat yang dibekalkan oleh Pembantu Perubatan untuk pesakit. Dengan mengadakan klinik seperti ini sebaiknya kerajaan menumpukan kepada klinik bergerak di desa yang mana telah sedia cuma perlu menaiktaraf kedudukan kenderaan supaya sesuai dengan keadaan untuk bergerak, di dalam kenderaan ini perlu dilengkapi dengan ubat dan segala kelengkapan yang sesuai. Ini lebih efisien dari mewujudkan klinik 1 Malaysia.
Selepas berjumpa dengan Pembantu Perubatan pesakit 1 Malaysia akan mendapatkan ubat dimana? hospital kerajaan atau di farmasi? jika dapatkan ubat di farmasi ini bermakna kerajaan dapat menjimatkan kos memberi ubat secara percuma kepada pesakit, begitu lah bijaknya kerajaan melarikan diri dari tanggungjawab sosial mereka. Pesakit terpaksa membeli ubat dari farmasi, dan jika tidak terdapat di farmasi berkenaan pesakit terpaksa berkejar ke farmasi lain. Pesakit yang telah sedia sakit akan bertambah sakit kerana mengambil masa yang lama untuk bergerak dari klinik 1 Malaysia ke farmasi, dan jika farmasi disitu tiada bekalan ubat bermakna pesakit akan pergi ke farmasi lain. Ini kah yang dinamakan murah sangat yuran pemeriksaan sebanyak Rm1 atau hampir percuma kata PM. Kos pergerakan dari Klinik 1 Malaysia ke farmasi dan jika farmasi itu habis bekalan akan menambahkan lagi kos pengangkutan.
Jika keadaan ini berlarutan pihak klinik swasta akan di berikan lesen untuk membuat rawatan sahaja tanpa melibatkan pemberian ubat, banyaklah farmasi akan dibuka dan ini adalah satu perniagaan yang amat menguntungkan kepada kroni-kroni. Ini telah dapat dibaca oleh pemimpin untuk mendapatkan duit secara senang, mudah dan cepat. Kroni-kroni akan membuka farmasi dan harga ubat tidak akan dapat dikawal. Farmasi boleh mengenakan harga ubat dengan sewenang-wenang kerana pesakit terpaksa membayar kerana memerlukan ubat. Orang miskin akan terus menderita kerana tidak mampu membayar harga ubat. "Harga ubat terpaksa dinaikan kerana harga bahan mentah untuk membuat ubat telah melambung dipasaran dunia dan kerajaan tidak mampu lagi memberi subsidi kepada ubat ini" itulah kata-kata Menteri-Menteri yang bertanggungjawab. Tapi harga harga ubat ini masih murah jika dibandingkan dengan Timur Leste, Myammar, Filipina dan kemboja. Hasil penjimatan subsidi ubat ini akan dipulangkan kepada rakyat.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP