welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, January 8, 2010

Intipati Khutbah Jumaat - umat islam harus kembali bersatu

Setelah 50 tahun islam dipinggirkan oleh kerajaan Malaysia, kenapa hari ini beria-ia menjadi juara dikalangan umat islam, apakah mereka lupa kepada tindakan dan perbuatan mereka kepada rakyat yang berugama islam. Apakah mereka lupa apa yang mereka telah lakukan selama 50 tahun merdeka. Dengan tindakan dan perbuatan pemimpin kerajaan hari inilah islam terus tertindas, dihina dan dianggap agama yang zalim oleh sesetengah penganut agama lain. Apabila kalimah Allah dimohon digunakan oleh Herald mingguan kristian, gegak gempita berlaku diseluruh negara, pelbagai demo di anjurkan, dan yang paling meminangkan kepala adalah kepada Pemimpin Pas, Sepatutnya hal sedemikian ini boleh diselesaikan tanpa perlu bersusah payah menjawab kepada akhbar, Berita ini menjadi hangat apabila media dan juga penabur fitnah dalam blog memainkan peranan yang penting menghangatkan isu-isu ini. Hentikan semua ini sebelum parah. ia akan menjadi satu kelebihan kepada pihak umno kerana berjaya menghuruharakan rakyat yang beragama islam. Hentikan mulai sekarang, kalau tidak ISA akan mula menjalankan tugas-tugasnya yang sudah lama senyap, sudah banyak sel-sel yang kosong, banyak Buget 2010 untuk ISA, Kalau kita tidak hentikan esok hari akan bermula penangkapan kambing-kambing putih yang dihitamkan untuk menghuni penjara-penjara ISA, Ada anak akan kehilangan ayah, ada isteri kehilangan suami, ada makmum kehilangan iman dan ada yang akan pergi mengadap ilahi tanpa orang tersayang disisi.

Ulamak-ulamak, pakar-pakar dalam bidang agama dan juga cerdik pandai tak lupa juga para ilmuan-ilmuan ulung dalam penulisan blog yang terus memberikan pentafsiran yang berbagai-bagai yang mana terus memeningkan kepala rakyat yang sudah lebam kerana masalah ekonomi, sosial dan juga politik. Pelbagai gelaran telah diberikan kepada pihak yang tidak bersetuju dengan dengan pihak yang satu lagi. Umno berjaya dalam usaha dan gerakan ini, berjaya membagi pukulan padu kepada Pas, nasib baik umno dah nazak kalau umno sebaik dulu dah boleh dah Pm kita mengistiharkan Pru yang baru untuk mendapatkan mandat baru yg lebih berkuasa dari yang ada sekarang. Inilah agenda umno sebenarnya, mengalihkan isu yang lebih penting kepada isu yang tidak berapa penting kepada negara, jika ini berjaya bermakna isu sebenar akan luput dari realiti dan umno boleh cuci tangan tanpa perlu memberikan penjelasan kepada apa yang sepatutnya dijelaskan kepada rakyat.


Islam itu asas, politik itu adalah pengawal, apabila asas sudah kukuh politik akan bertindak sebagai pengawal kepada asas, oleh sebab itu Malaysia perlu kembali kepada fitrah islam yang telah termaktub dalam kitabullah. Tidak perlu bertegang leher sesama sendiri, siang malam menulis menegakkan apa yang kita faham. Akhirnya musuh musuh islam terus membelasah umat islam, apakah sudah selesai tugas kita, menghentam, menkeronyok, mendedahkan keaiban sesama sendiri (umat islam), ilmu orang ini tidak sampai ke matlamat, ilmu yang macamana akan sampai pada matlamat, semua orang mempunyai pandangan, tapi pandangan mestilah jelas dan berpandukan alquran dan alsunnah. Sebelum mengkritik faham dulu apa yang orang lain lontarkan bukannya terus memberikan kritikan seolah-olah orang itu tidak faham keadaan semasa. Apakah kita ini maksum? kalau kita sendiri tidak maksum jadikan diri kita orang yang bermuhasabah, Apakah matlamat sebenarnya umat islam, Mati dalam iman atau mati dalam berlaga sesama sendiri. Habis air liur, jari-jari sudah letih menaip, mata dah penat akhirnya kita tertidur dengan lenanya, musuh-musuh islam yang jelas nyata bertepuk tangan kerana sudah berjaya melagakan kita sesama umat islam.


Jangan kita menjadi seperti negara Mesir yang mana menjadi satu negeri penyembelih umat islam di gaza. betapa celakanya pemimpin mesir yang tidak membenarkan konvoi kemanusiaan melalui negara mereka dalam usaha memberi bantuan kepada saudara kita digaza yang dihimpit kebuluran. Ubat-ubatan, makanan, selimut dan juga keperluan asas tidak dapat dihantar kerana kerajaan Mesir yang sangat anti dan bermusuh kepada Hamas. 1.6 juta saudara kita akan mati kebuluran, berpenyakit, dan mati berangan kerana ketiadaan makanan, minuman dan juga ubat-ubatan. Kerajaan mesir memusuhi hamas seperti mana mereka memusuhi AL Ikhwan sehingga kini, sehinggakan ulamak Imam sheikh Hassan albana syahid di Tali gantung. Apakah kita mahu di malaysia akan terjadi sedemikian? Perkara-perkara yang remeh-remeh dan kecil-kecail buang dengan cepat dan segera, jangan bertekak kepada perkara yang bukan sepatutnya menjadi keutamaan.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP