welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, January 8, 2010

Google Operating System Gos (Linux Ubuntu)


Google telah memulakan langkah terbarunya untuk menguasai dunia sistem operasi . Google telah melahirkan sebuah sistem operasi (operating system) terbaru yang dinamakan gOS.Sistem operasi yang baru ini adalah hasil penjanaan platform Linux Ubuntu. Google telah menghasilkan versi mereka yang telah dilengkapi web aplikasi yang tersedia untuk peminat atau pengguna Google untuk lebih memudahkan mereka. Contoh web aplikasi yang menarik ialah Google mail, Google Docs, Meebo, Youtube, facebook dan lain-lain.


Gos ini juga telah dilengkapi perisian pejabat, multimedia dan grafik seperti gimp. Dengan rekabentuk yang cantik dan ciri-ciri yang menarik, apa salahnya anda mencuba sistem operasi ini dengan mendapatkannya secara percumaBeberapa perkara Google mungkin ketinggalan dalam beberapa perkara, Dengan langkah yg serupa waktu mula-mula Microsoft beroperasi, beberapa kelemahan yg terdapat dalam sistem operasi ini. Dalam masa beberapa tahun atau beberapa bulan akan datang google akan dapat mengisi ruang ruang kosong yg ada. Mungkin sistem operasi ini akan menjadi pilihan kepada semua peminat komputer.


Gos mungkin mampu menggantikan sedikit ruang ruang kosong yg ada dalam sistem microsoft. Dari segi bayaran lesen ketulenan akan menyebabkan sistem ini akan menjadi pilihan ramai sedikit masa lagi. BSA (Business Software Alliance) akan tinggal kenangan jika semua pengguna komputer beralih kepada sumber terbuka yg tidak memerlukan banyak perbelanjaan untuk memakai sistem operasi. Untuk menjalankan sistem komputer. Memberi sumbangan sekadar yg mampu kepada pencipta sistem ini, mampu merubah dan mengasak microsoft ke penghujung jalan. 85% pengguna komputer dunia menggunakan operating system berasaskan windows. Lihat bagaimana berkuasanya microsoft. Jangan biarkan BSA terus menghantui dunia hidup anda. BSA akan menyaman anda jika anda dikesan menggunakan perisian yang tidak tulen. Kita perlu beranjak minda untuk membolehkan window yang kita guna tidak lagi menjadi terlampau berkuasa di alam komputer.

Ini bukan promosi kepada Gos, tetapi jika di lihat dari segi lain, pengguna komputer boleh memilih sesuatu yang berlainan dan tidak bergantung kepada microsoft sahaja. Aplikasi window yang pengguna pakai memerlukan lesen yang sah dan yang sah hanya bila dibeli menggunakan wang, yang di muaturun tidak lah asli. Dengan menggunakan perisian sumber terbuka akan dapat mengurangkan perbelanjaan kepada kehidupan kita seharian. Hidup selesa dengan menggunakan perisian yang tidak memerlukan lesen.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP