welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, January 8, 2010

Tangan-tangan ISA akan mula digerakkan

Berjaga-jaga wahai perjuang islam semua. ISA yang telah lama tidur akan bangun dan akan mengaum dengan lebih keras kepada semua perjuang-perjuang rakyat. Berita 3 buah gereja diserang dibakar dan 1 di beri amaran telah disahkan oleh Ketua Polis Negara. Akta ISA yang masih tidak berubah akan mula membaham mangsanya dan yang paling pasti pemimpin pembangkang akan diutamakan untuk di pilih untuk menghuni kem-kem kamunting. Menteri dalam Negeri telah bersiap sedia untuk menandatangani watikah penahanan.

Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987.Operasi penangkapan ini akan berlangsung sepertinya berlangsung Operasi Lalang yang mana operasi ini telah menyapu bersih pemimpin pembangkang konon mengapi-apikan perkauman dan keugamaan. Haji Mohd Sabu adalah orang yang paling utama di tangkap dan disumbat ke dalam sel tahanan kamunting. Padahal Haji Mohd Sabu tidak terlibat sama sekali dalam ucapan-ucapan berbaur perkauman.. Lim Kit Siang, Karpal Singh, Halim Arsat-ketua Pemuda Pas waktu itu, Lim Kim Sai- MCa, ini satu satunya ahli Parti mca yang ditangkap. Ibrahim Ali, Mohamed Fahmi Ibrahim juga ditangkap tapi yang sepatutnya di tangkap adalah pemimpin lain yang mengadakan perhimpunan mengapi-apikan kerana kenyataan Lim Kim Sai yang menyatakan melayu juga pendatang, Bn berjaya mengalihkan pandangan rakyat kerana kemenangan terlampau kecil undi Mahathir berbanding dengan undi Kuli dalam merebut jawatan Presiden Umno. (masa tu Anuar Ibrahim masih Umno Lagi ada sama dalam perhimpunan menyokong Ketua pemuda waktu itu, dan sekarang menjadi PM)

Apakah nasib pemimpin Pakatan Rakyat akan sama seperti operasi lalang, Isa akan digerakkan dan dikejutkan dengan mengadakan satu kenyataan sahaja, ini adalah untuk meredakan keadaan keselamatan dalam negara yang mengikut kata menteri dalam negeri berada dalam kekalutan. Rakyat diminta bersabar dan terus bersama kerajaan menangani keadaan yang gawat ini. Keadaan ini dicipta kerana untuk mengalihkan pandangan rakyat betapa ekonomi yang tidak stabil dan beberapa isu yang mengugat keamanan negara. Isu ini dicipta sedemikian rupa dan mengikut skrip yang telah siap untuk di lakonkan. Pelakon-pelakon akan digerakan diseluruh negara kononya umno amat sayang kepada Islam, padahal dah lama Umno menendang islam ke penjuru negeri.

Pihak pemimpin parti pembangkang sepatutnya sedar bahawa ini adalah satu perangkap buat pembangkang. Perangkap yang sengaja di pasang untuk menjerat pemimpin pembangkang, Jika boleh menangkap dalam 10 atau 20 pemimpin pembangkang yang bertaraf MP akan memudahkan pihak kerajaan menjalankan tugas dalam parlimen. Perkara yang mengaibkan Pm tidak akan berulang kembali kerana MP-MP dah disumbat ke dalam Sel-sel tahanan kamunting kerana dah banyak kosong. semoga keadaan ini tidak berlaku. Allah selamatkanlah pemimpin pembangkang. Pemimpin yang berjiwa rakyat.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP