welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Saturday, January 9, 2010

Duit derma - satu analisis

Ceramah politik dianjurkan setiap malam dan akan disertai sekali dengan kutipan derma untuk organisasi Pas, dengan adanya duit derma yang dipungut ini akan dimasukkan kedalam tabung atau akaun Pas Cawangan atau bahagian untuk dijadikan dana untuk membantu orang miskin dan juga kegiatan Parti dalam menghadapi Parti orang Kaya (umno). Kutipan derma yang dilakukan oleh Parti Pas adalah untuk tujuan Pilihanraya kecil atau umum dan juga mendirikan pusat tarbiyah, sekolah-sekolah, Pasti-pasti. Duit derma yang dikutip bukan lah untuk membeli kereta mewah dan juga no plate kereta seperti yang didakwa oleh blogger. Setiap derma yang diperolehi akan digunakan dengan sebaik mungkin dan duit ini adalah amanah dan amanah yang dipikul adalah amat berat sehinggakan dunia tak mampu menanggungnya.
Orang Pas tidak lapar dengan duit derma yang diberikan oleh blogger, kalau merasakan orang Pas mentankedarah duit yang disumbangkan oleh Pihak blogger seperti sesetengah blogger yang seringkali meracau-racau mempertikaikan duit kutipan derma, jangan menderma kepada parti Pas. Kalau nak mempertikaikan sangat duit derma yang didermakan oleh blogger itu baik hentikan saja derma, buat beli rokok lagi baik, setan pun suka pada orang yang suka merokok. Islam mengajar kita menjadi dermawan bukan menjadi kikir, apakah kita perlu tahu kemana derma yang kita sumbangkan. kenapa kita tidak bertanya kepada AJK Masjid, Pengerusi Masjid ke tentang duit derma kita yang kita dermakan pada setiap hari jumaat. Derma singgit pun bising sampai masuk internet. Duit derma adalah dari lubuk hati yang ikhlas, nak beri, beri jangan mengungkit di belakang, kalau rasa derma yang dihulurkan tu banyak sangat dan mungkin diseleweng baik jangan mendema, simpan aje duit mana tau duit yang disimpan boleh jadikan orang itu jutawan.
Duit duit derma adalah infak dari penyokong pas, betapa bodohnya mereka melemparkan tuduhan kepada pas yang mana mengatakan pas memakan duit derma, dan menggunakan duit derma dengan sewenang-wenangnya. Dicadangkan agar pas mengadakan audit untuk dilaporkan kemana duit derma digunakan, sekiranya blogger yang menuduh mengatakan penceramah memakan duit kutipan derma tersebut betapa jahatnya tuduhan mereka, Apakah penceramah itu hidup dengan air liur saja ke, tiada keluarga untuk dibiayai, tiada keperluan dalam hidup mereka, apakah mereka ini tak reti dengan hidup dan perjuangan. bengongnya mereka ini. nak datang ke tempat ceramah tak perlu minyak naik tikar terbang. Berfikir sebelum melontarkan idea untuk memusnahkan pas tentang kutipan derma. setiap akhir tahun pas cawangan akan mengadakan buku kira-kira dan setiap ahlinya tahu kemana duit dibelanjakan. Kalau tulisan blogger mempertikaikan duit derma atas alasan saja suka-suka, atau hanya untuk menyedapkan tulisan mereka supaya hits naik mencanak, tunggulah kemusnahan mereka. Allah akan membalas setiap fitnah yang mereka lemparkan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP