welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, January 10, 2010

Wahai Pemimpin-Pemimpin Pakatan Rakyat (Rakyat Marhaen Menyeru)

Sudah hampir dua tahun Pakatan Rakyat memerintah Negeri-Negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan sekerat negeri Perak Darul DUa( serba dua macam hantaran). Pemimpin-pemimpin atasan PR terus bercakaran, mengkritik, mengali mengorek kesalahan lampau pemimpin UMNO, melondeh apa jua bentuk kesalahan yang umno telah lakukan, Biarkan umno reput dengan air liur dan menjadi sejarah kepada anak cucu kita, Agenda kepada rakyat tidak diberikan penekanan langsung oleh Pemimpin PR, Dimana Dato' Seri Anuar Ibrahim , mantan menteri kewangan negara Malaysia yang pernah membentangkan buget ala-ala nabi Yusuf ( 7 tahun menderita, 7 tahun senang) Percaturan ekonomi perlu, apakah kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak mampu memberikan impak kepada ekonomi rakyat jelata yang semakin melarat akibat tindakan umno yang terus menganiya rakyat dengan kenaikan harga barang keperluan. Para blogger seronok mengkritik memaki hamun, menunjuk teror dalam membahaskan teori tapi dari segi pratikalnya habuk pun tarak, Jangan jadi pak pandir menang sorak negara tergadai. Apakah Pemimpin Pr tidak mempunyai pakar-pakar ekonomi untuk menjana ekonomi negeri masing-masing yang telah diperintah oleh PR di negeri kaya seperti negeri Selangor dan Pulau Pinang, Apakah kedah tidak mampu untuk menjadikan negeri mereka negeri jelapang padi, gedung makanan. Dimanakah pemimpin-pemimpin seperti ini wujud
Apakah tiada blogger yg mampu memberikan ilmu mereka yg mana blogger yg mencapai hit jutaan klik sehari, apakah blogger pun hanya bergantung kepada iklan yg semakin menyerabut mata untuk membaca, tiadakah Pakar-pakar ekonomi yg boleh melaksanakan program-program ekonomi atau hanya bergantung hidup dengan kerajaan persekutuan, Memang tidak dinafikan bahawa banyak karenah birokrasi, halangan dan sekatan telah dilakukakan oleh pihak persekutuan untuk menyekat kerajaan negeri beroperasi dengan bebas dan berupaya mentadbir lebih baik dari Kerajaan Persekutuan.
Apakah dengan menggali mengorek kesalahan UMNO masa lampau dapat mengembalikan hasil mahsyul yg telah dirompak atau hanya akan membuang masa, tenaga dan wang ringgit rakyat dalam menjalankan siasatan, Duit-duit yg sepatutnya dilaburkan untuk menjana ekonomi negeri dihabiskan untuk menjalankan siasatan kepada apakah yg dilakukan oleh Umno pada 50 tahun dahulu, apakah itu amat penting dalam menentukan kesahihan umno membaham membalun dan mengodam duit khazanah negara, "Berapa orang pemimpin UMNO yg telah disumbat dalam penjara akibat didapati bersalah oleh Badan siasatan kerajaan Pakatan Rakyat????
Atau hanya didapati bersalah atas kertas, mana dia kertas tuduhan dan pendakwaan yg akan dikenakan kepada pemimpin UMNO yg didapati bersalah dalam siasatan tersebut. Kenapa Pemimpin PR tidak mengambil iktibar dari Penubuhan Suruhanjaya HISBAH di Terengganu yg mana Bekas Ketua Hakim Negara dilantik menjadi Exco dan ketua kepada suruhanjaya tersebut, sepanjang 4 tahun pemerintahan PAS di Terengganu adakah seorang pemimpin umno didakwa atau tiada seorang pun makhluk UMNO yg didakwa, pembaziran dilakukan dalam membentuk jawatankuasa tersebut, membayar gaji tapi tiada satu faedah yg dapat kepada rakyat Terengganu. TIADA seekor yg di dakwa atau dihumban ke penjara, Selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman bersalah org ramai akan mengatakan mereka tidak bersalah.
Hentikanlah propaganda murahan ini sementara, kembali kepada akar dahulu, tolong lah rakyat marhaen ini yang semakin terhimpit dan tertekan dengan keadaan ekonomi sekarang, Pulihkanlah dulu ekonomi negara kita yang semakin kucup dan tidak lagi berdaya saing. Seringgit Malaysia tiada nilainya lagi nak beli gula sekilo pun tidak cukup lagi. kenaikan yuran sekolah anak semakin membebankan, yuran pengajian tinggi semakin menekan, akan datang besar kemungkinan anak-anak muda yang baru menghabiskan pengajian akan diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar kembali wang pinjaman. Pemimpin Pakatan Rakyat perlu berusaha kearah itu sekarang bukan hanya menunding tangan ke arah kerajaan umno yang memang telah diketahui korup sepanjang zaman.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP