welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, January 10, 2010

Duit hangus kerana pelaburan perternakan cacing - skim cepat kaya berlesen

Begitu mudahnya duit dilarikan, penganjur skim perternakan cacing akan menjadi kaya raya dan yang akan muflis adalah pelabur-pelabur skim perternakan cacing. Dengan mengadakan skim perternakan cacing adalah untuk mengaburi mata orang ramai dan juga pihak pemerintah, ianya adalah skim cepat kaya yang begitu baik diolah. Dengan berselindung dibalik nama skim perternakkan cacing ianya akan dihalalkan oleh pihak pemerintah dan orang ramai terus diperdayakan dengan mudah. Kutipan wang berlangsung tanpa gangguan dari BNM. Kalau di buat atas nama skim MLM ke, skim tabungan, skim jualbeli secara mudah, kutipan wang akan berada dalam jangkaan mata BNM (Bank Negara Malaysia). Begitulah liciknya penganjur skim cepat kaya ini mengaburi mata pihak berkuasa.


Pelabur-pelabur skim ini telah menjadi cacing kepanasan kerana mengenangkan wang yang dilaburkan dalam skim perternakan cacing akan menjadi lebur seperti leburnya impian untuk mencari pendapatan secara mudah dan cepat. Lebih dari 3000 telah tertipu dengan skim ini. Lebih dari 25 juta akan hilang dengan mudah, pihak pelabur telah tertipu dengan kata-kata manis pihak penganjur pada masa skim ini diperkenalkan. Penganjur mengatakan bahawa dimasa akan datang baja dari cacing ini akan menjadi baja utama kerana baja konvesional akan ditelan zaman. Dan dengan penerangan yang begitu menyakinkan, pihak penganjur menyakinkan pelabur bahawa mereka akan menjadi kaya selepas menyertai skim ini. Semakin banyak yang dilaburkan semakin banyak imbuhan yang akan masuk ke dalam akaun pelabur. Di masa sessi penerangan pihak penganjur akan memberi satu flyer yang akan ditengok oleh pelabur menunjukan bahawa skim ini amat berkesan dan akan ada testimoni dari pelabur-pelabur yang terdahulu. Juga dimasukan sekali pulangan lumayan yang dimasukkan kedalam akaun pelabur.


Apakah pihak bank juga terlibat dan bersengkokol sama dalam skim seperti ini? Pihak bank juga ada menyediakan pinjaman kepada pelabur-pelabur supaya memasuki skim ini. Apakah bila skim ini berkubur bank tidak bertanggungjawab sama dengan apa yang akan dirasai oleh pihak pelabur. Pihak pelabur yang menggunakan duit bank untuk melabur akan dihimpit masalah kewangan kerana terpaksa mencari duit tambahan untuk membayar wang pinjaman akibat dari pelaburan yang salah ini. Jika tidak dibayar, bunga akan naik dari sebulan ke sebulan akhirnya akan memufliskan pelabur-pelabur skim cacing ini. Akhirnya cacing akan naik kemata menyebabkan pelabur menjadi buta. Buta kerana tidak dapat membayar wang pinjaman bank.


Apabila skim ini mendapat sokongan dari pihak bank ini bermakna bahawa skim ini adalah sah dan berdaya maju. Jika diambil kira seperti peniagaan lain yang mendapat sokongan pihak bank skim ini berdaya maju dan boleh memberikan keuntungan jangkapanjang kepada pelabur. Tetapi skim ini juga menipu para pelaburnya. Bank akan terus memburu peminjam-peminjam yang gagal membayar balik duit pinjaman mereka. Betapa jahatnya bank bersengkokol dengan penganjur skim ini. Padahal mereka telah mengetahui skim seperti telah banyak menemui kegagalan, tetapi phak bank masih meneruskan agenda jahat mereka. Tindakan mereka tidak ubah seperti along, yang membezakan mereka dengan along adalah ALONG tidak berlesen mereka ini berlesen dan halal menjalankan urusan pinjaman wang.


Duit yang dilaburkan akan terus berkubur tanpa nesan dan tidak akan dapat diperolehi kembali walaupun keluar airmata darah sekalipun. Apakah tiada tindakan dari pihak kerajaan dalam membendung skim cepat kaya yang dihalalkan oleh undang-undang. Undang-undang dipermainkan oleh pengajur skim ini dengan sewenang-wenangnya. Apabila syarikat penganjur skim ini diserbu dan disita oleh BNM, wang pelabur akan terus lebur bersama syarikat mereka, duit yang ada dalam akaun syarikat tidak sebanyak sepertimana wang yang dilaburkan oleh pelabur-pelabur yang malang ini. kemanakah duit ini pergi? Inilah pertanyaan yang tidak terjawab sampai ke hari ini. Setiap hari akan lebih ramai lagi pelabur-pelabur skim yang menyertai skim dalam pelbagai bentuk pulangan yang lumayan dan akan tampil ramai pelabur akan membuat aduan ke polis, dan skim ini terus berjalan seperti biasa, menipu dan terus menipu pelabur. Sampai bila perkara ini akan terhenti? Apakah pelabur yang tidak serik atau pihak penganjur skim ini begitu cerdik dan licik?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP