welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, January 11, 2010

Kena tipu lagi - skim cepat kaya terus melapah mangsa

Roselle adalah satu tanaman yang berdaya maju jika di usahakan secara komersial. Di Terengganu tanaman ini telah diusahakan secara komersial oleh kerajaan Negeri Terengganu semasa bawah pemerintahan Wan Mokhtar, Berekar-ekar tanah digunakan di Setiu, tapi akhirnya ditutup rapat kerana kerugian kerana tiada langkah-langkah susulan yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam usaha memajukan pertanian ini. Ketiadaan pihak pemasaran yang berkesan menyebabkan tanaman roselle menjadi tidak berdaya maju. Hanya sekerat jalan sahaja projek tanaman ini diusahakan.
Selepas itu, Kerajaan PAS memerintah dibawah pimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang, tanaman roselle cuba diusahakan kembali dengan mewujudkan satu agensi swasta yang bertujuan untuk memasarkan produk roselle uni, pada tahun pertama penubuhannya produk roselle ini berjaya menembusi pasaran jepun, cina dan korea selatan. TTHEXIM adalah satu syarikat yang diusahakan secara usahasama pihak swasta dengan pihak kerajaan Negeri Terengganu di bawah pengurusan Yayasan Pembangunan Usahawan (cawangan Negeri Terengganu) telah merangka beberapa strategi untuk memasarkan produk roselle ini. Produk roselle ini mula menampakan hasil dan ianya berjaya menolong separuh dari usaha petani di Setiu yang kerugian kerana sikap kerajaan Umno yang tidak mahu lagi menolong petani dalam usaha memasarkan produk roselle ini. Pelbagai produk dihasilkan dari roselle, halwa, jus minuman dan juga produk berasaskan makanan, usaha ini terhenti bila mana kerajaan Pas tumbang di Terengganu. Mantan Mb Deris dengan angkuhnya menamatkan usahasama ini. Produk roselle kembali asing di Negeri Terengganu. Ini lah contoh kejayaan Mantan MB Deris.
Hari ini produk roselle dijadikan satu skim pelaburan dan lebih dari Rm1 Juta dilesapkan oleh penganjur skim tanaman roselle. Dengan menggunakan beberapa keping gambar personaliti terkenal tanah air, penganjur pelaburan roselle berjaya memperdayakan lebih dari 370 orang untuk melabur dalam skim tanaman roselle. Setelah skim cacing naik kemata pelabur, pihak pelabur tertipu dan terperangkap dengan tipu helah penganjur skim roselle ini. Semasa promosi pelancaran skim pelaburan ini pada tahun 2007 lagi, penganjur telah menjanjikan masa depan yang gemilang dan cerah kerana produk ini mempunyai pasaran yang cukup banyak dalam dan luar negara. Dengan penerangan yang begitu menyakin, dan disertakan dengan bukti-bukti bergambar pelabur dengan mudah tertipu dengan skim ini.
Waktu ini penganjur mungkin sedang goyang kaki mengenangkan keuntungan dari kegiatan haram mereka. Yang menderita adalah pihak ibu tunggal, pesara, pekerja swasta dan juga golongan berpendapatan rendah. Pelabur baru mengetahui mereka ditipu selepas pembayaran yang dijanjikan tidak kunjung tiba dan apabila melihat tapak semaian roselle hanya ditumbuhi belukar, semak dan lalang dan tiada satu pun pokok roselle ditanam di situ. pelabur ini telah membuat laporan polis tentang penipuan ini. Duit yang mereka laburkan kedalam skim ini boleh dianggap lebur kerana sampai sekarang tiada satu pun kes skim seperti ini pelabur-pelabur berjaya mendapatkan kembali duit mereka. Apakah tiada akta atau undang-undang untuk menghalang skim-skim yang berorintasikan keuntungan di hapuskan di Malaysia. Apakah kerana terlampau taksub hendak menjadi kaya, mereka ini amat mudah di explotasikan oleh golongan celaka ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP