welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, January 26, 2010

wang royalti atau wang ehsan - tetap dijahanamkan

Kelantan akan menerima wang ehsan mengikut kata PM, wang ehsan ini akan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan yang akan dijaga oleh Awang Adek. Segala perjalanan, perbelanjaan untuk Negeri Kelantan akan di uruskan sepenuhnya oleh JPP. Fenomena ini telah lama berlaku di Terengganu setelah kejatuhan kerajaan Umno pada 1999. Mantan Pm waktu itu cik det telah mengarahkan wang royalti ditukar nama kepada duit ehsan. berbillion rm malaysia masuk ke Negeri Terengganu tetapi bukan ke akaun Kerajaan negeri tetapi melalui jabatan Pembangunan persekutuan. waktu itu rakyat Terengganu amat mewah, semua dapat duit, dari yang nak masuk belajar darjah satu, nak masuk IPT, warga-warga emas, warga perak hatta budak yang nak bersunat pun mendapat wang ehsan ini. begitu mudah wang ehsan ini dibahagi bahagikan kepada rakyat, rakyat mula memandang mulia kepada umno, waktu ini memang umno amat membela nasib rakyat. Setelah 4 tahun Pas memerintah Terengganu, Pas pun tumbang hasil duit ehsan ini, rakyat Terengganu bersangka umno akan meneruskan kerja-kerja amal iaitu membahagi-bahagikan wang ehsan dengan mudah lagi selepas umno kembali ke tampuk pemerintahan.


Namun itulah janji-janji kosong Umno sahaja, selepas gelombang biru berjaya memerintah Terengganu, wang ehsan makin sukar di perolehi, bukan setakat nak masuk IPT, nak masuk darjah satu dah tiada, Kerajaan umno dengan slogan " tidak pernah sebelum ini" terus membelanjakan duit ehsan kepada perkara-perkara yang tidak memberi kegunaan langsung kepada menjana ekonomi negeri yang teruk. Hutang kerajaan negeri bukan berkurangan tetapi bertambah dengan drastik. Gaya orang kaya telah dipupuk oleh kerajaan gelombang biru, tercetuslah idea Taman Tamaduan Islam yang mana replika-replika dibina merentasi benua, cuma yang tiada hanyalah kaabah. Kalau boleh dijadikan replika pun kerajaan gelombang biru sanggup membuatnya. Disitu kerajaan Gelombang biru menghanguskan duit ehsan hampir Rm500,000,000.00 (RM500Juta).


Idea baru tercetus lagi, didirikan masjid krital yang tidak boleh dilakukan solat jumaat kerana kekurangan jemaah 40 orang permastautin tetap. masjid kristal ditukar kepada surau kristal. pembaziran terus dilakukan dengan menganjurkan piala monsun cup, kapal layar dari pelbagai dunia tiba untuk menyertainya, beratus ribu hadiah diberikan, kapal layar tidak boleh berlayar dengan baik kerana kekurangan angin, umpama berlayar dalam besen dalam rumah. Sampai hari ni pun acara membazir ini tetap diteruskan.
Taman Ilmu mula didirikan di Besut tempat pencipta idea " tidak pernah sebelum ini" sampai hari ini tiada ilmu yang diajar disitu kerana tidak siap bahkan diberitakan sakit tenat kerana kekurangan bayaran untuk meneruskan pembinaan. Idea datang lagi membina stadium utama dan stadium tertutup, yang menelan belanja hampir-hampir setengah billion, stadium utama telah ranap bumbungnya memerlukan duit baru untuk membaikinya. Stadium tertutup tak lama lagi akan menerima nasib yang sama dengan stadium utama. Ditutup untuk pengubahsuaian dan penyelenggaraan.
Idea-idea gila terus mencurah masuk ke otak-otak pemimpin gelombang biru, lapangan terbang baru perlu dipanjangkan untuk kapalterbang boeing mendarat, ranap lagi duit ehsan, lapangan terbang dipanjangkan ke laut hampir 1 kilometer setengah dipanjangkan kedalam laut. Inai kiara yang mendapat kontrak terus membuat duit kerana setiap hari pantai lapangan terbang hakis, dan inai kiara terus bersedia di tepi pantai untuk menambak jika berlaku hakisan. Inai kiara dapat dua kali duit satunya menyedut kembali pasir yang hakis dan bila menambak dapat duit lagi, untungnya berniaga macam ini. tak untung macam jual ikan celup tepung. Kerajaan Terengganu menghabiskan lagi duit ehsan kerana terpaksa membayar kepada Mas kerana mengadakan penerbangan terus ke jeddah. tahun ini dikurangkan kerana kekurangan buget. hanya 4 penerbangan sahaja dibuat.




Inilah jentera yang bersiap sedia menjalankan tugas jika pantai dilanda hakisan

banyak banyak lagi idea-idea yang begitu futuristik, fantastik dan lastik di ketengahkan sepanjang pemerintahan mantan mb gelombang biru, idea yang tidak disempat direalisasikan adalah membina kereta kabel (cable car) dari puncak panorama ke pulau wan man, kalau mantan mb masih berkuasa mungkin hari ini dah ada cable car merentangi sungai terengganu. canggih sungguh terengganu ini, "memahat sejarah mencipta tamadun" yang sebetulnya memahat duit ehsan mencipta lebih banyak kroni. Indahnya terengganu waktu wang ehsan mencurah masuk. Sekarang kerajaan hampir kayap kerana terlalu laju berbelanja lebih dari keupayaan cahaya. ekonomi makin teruk rakyat makin parah, rebah dalam ekonomi yang mana akan ada ekonomi model baru akan diterapkan. apa model ekonomi yang akan diketengahkan oleh 1 malaysia, kita tengok dan saksikan keajaiban yang akan berlaku.
Berbillion duit ehsan telah dijahanamkan oleh Pemimpin Gelombang Biru, jika hasrat kerajaan pusat terus menyalurkan duit ehsan ke kelantan melalui JPP ini bermakna duit ini akan hangus seperti di Terengganu. kalau kerajaan Pusat menyalurkan wang ehsan ini ke Kerajaan negeri yang lebih berhak bermakna umno terpaksa tunggu lebih lama lagi untuk menawan kembali Kelantan. Nak tak nak terpaksa korner le pemberian ini. Diuruselia dan ditadbir oleh Pemimpin Umno dan ini bermakna Kerajaan Pas Kelantan perlu bersedia menghadapi gelombang duit menerjah Kelantan. duit-duit akan dibahagikan dalam bentuk real money bukannya bantuan atap, bantuan buku, bantuan kain pelikat atau batik, badai duit ehsan ini amat kuat jika tidak ditangani dengan betul. Semoga doa senjata mukmin yang dapat menewaskan terjahan ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP