welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, January 27, 2010

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) - Terengganu tercicir dimana pemimpin umno Terengganu

Negeri Terengganu telah bernasib malang dalam memperjuangkan nasib anak-anak negeri yang begitu hauskan ilmu, walaupun taman ilmu di Besut sedang sakit tenat. Menteri Pelajaran telah mengumumkan 20 buah sekolah dan tiada terdapat satu pun di Terengganu. Walaupun UPSR Terengganu telah 9 tahun menjadi juara keseluruhan. Dimana pemimpin umn0 Terengganu, dimana perjuangan untuk rakyat Negeri Terengganu, Sekolah berprestasi tinggi pun tidak dapat diperolehi walaupun satu sekolah. apakah Rakyat Terengganu ini adalah rakyat warga kelas kedua seperti biasa dianaktirikan dari dulu, kini dan selamanya. Selagi pemimpin umno tidak menguasai peringkat persekutuan selagi itu rakyat Terengganu akan terus dipinggirkan dalam semua aspek. Apakah pemimpin umno tidak malu dengan keadaan ini. dari jawatan menteri ke semua benda yang berkaitan dengan Terengganu akan dikebelakangkan. Isu-isu ini dah lama sepatutnya pemimpin umno memperjuangkan. sampai bila pemimpin umno terengganu terus diperkudakan hanya perlu bila ada mesyuarat perwakilan untuk mengundi.
Sudahlah duit ehsan ditebas, diangkut kenegeri lain, Pemimpin Umno Terengganu terus berdiam diri, dimana semangat Panglima Megat Panji Alam. Apakah rakyat Terengganu akan terus dipinggirkan oleh Menteri-menteri di PEringkat Pusat. Tidak pernah sebelum ini, pinjam kata-kata mantan MB Deris, Seorang pemimpin Umno Terengganu menjadi Menteri Kanan di peringkat pusat sepanjang 50 tahun pemerintahan umno. Ada Jawatan Pengerusi UMNO negeri Terengganu pun, orang Johor yang pegang, walhal umno yang memerintah. Jangan jadikan negeri Terengganu tempat untuk menjual negeri seperti yang berlaku di Johor, Separuh johor dah dimiliki oleh singaporean. Hentikanlah semua ini sebelum terlambat. Pemimpin uMno Terengganu perlu bangkit mempertahankan agenda untuk rakyat Terengganu.
Pantai timur tidak layak ada sekolah berprestasi tinggi, yang layak hanya pantai barat sahaja. Apakah nilaian orang diPantai timur yang begitu hina dibuat oleh pemimpin pantai barat. Pm berasal dari pantai timur negerinya sendiri tidak ada langsung sekolah berprestasi tinggi, Negeri Tok Guru dapat satu je. Negeri Mat said yilex, negeri Pm pun yilex. hinanya rakyat di negeri ini, sampaikan tidak layak menjadi sekolah berprestasi tinggi. Inilah pemimpin umno CAP AYAM kata mantan MB deris. Siapa yang cap ayam, Pemimpin umno Terengganu dan Pahang.
Hentikalah momokan yang mana "Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan", satu sekolah berprestasi tinggi tidak dapat diadakan.Perlis Negeri kecil dan tiada hasil langsung dapat juga sekolah SBT. Kelas Mat Isa sabu. Gedebe Mat said tak dapat satu pun. habuk pun tarak. Dendangan lagu makin sayu, rakyat terengganu makin layu. sehingga tak kenal mana satu sudu mana satu garpu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP