welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, January 25, 2010

Kraftangan Setiu Terengganu - tinjau-tinjau

Terengganu sebenarnya ramai pereka dan pembuat barang kraftangan tapi kenapalah kerajaan Terengganu tidak mahu memajukan industri ini, Industri kraf menyumbang berbillion-billion kepada ekonomi dunia. Industri Kraf Terengganu menjadi saudagar mimpi yang indah tetapi bila bangun tersedar alam realiti bukan lah yang sangat indah untuk diteruskan. Kerajaan Dibawah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sepatutnya menolong industri ini yang mana boleh memberikan pulangan lumayan kepada pengusahanya. tapi kalau kita login ke Website Perbadanan pun kadangkala tak dapat nak masuk asyik error je. http://www.kraftangan.gov.my/. Kalau laman sesawang pun sawan apalah nasib pengusaha-pengusaha kraftangan. Langsung jadi kerastangan. Kalau keras tak dapat cari makan dengan industri ini.
Begitu kreatif dan kalau di negara maju, nilainya begitu tinggi Di Terengganu nilai..... bawah rm10 satu.
Tak Percaya? Percayalah


Pic belakang - pembuat kraftangan (yang tinggal yang tua saja - yang muda dah jadi kerastangan kerana perniagaan ini tidak memberi keuntungan yg sewajarnya)

Seikat lidi berapa harganya? nak beli ikan selayang belum tentu dapat, tak sekilolah setengah kilo belum tentu dapat.

Kerajaan berbangga dengan industri batik kerana hasil ilham hendon isteri mantan pm paklah, nilaian industri batik terus berkembang ke kuncup selepas paklah dah berhenti dari jawatan. Apakah industri batik terus malap kerana mendapat persaingan dari batik indon (batik jawa) Jadi dimana silap Perbandanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dalam menolong industri kraf, Promosi barangan jika ilham itu datang dari peringkat dewa, kalau peringkat ikan-ikan sekilau dibakulsampahkanlah idea tersebut. Pembuat-pembuat kraftangan seperti ini memang tidak tahu dimana nak dipasarkan, idea kreativiti tinggi hasilnya menjadi lebih berkualiti jika pihak kraftangan terus mengambil peranan yang proaktif untuk membantu industri kraftangan malaysia. Bantulah bumiputera wahai kerajaan mendahulukan rakyat dan bantulah orang-orang ini bukannnya menghabiskan 1 billion untuk F1 one Malaysia.

3 comments:

Chie Comei March 3, 2011 at 3:23 PM  

mahal tak bakul ni? tumpang tnye ..

kk March 27, 2011 at 12:19 PM  

tak mahal mana pun napa berminat untuk edarkan ke

HWANY November 10, 2021 at 10:30 AM  

Tumpang tanya ,dimana tempat ini?

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP