welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, January 24, 2010

Sarawak Perlu Arang Batu Tingkat Pengeluaran Tenaga Elektrik - berapa banyak lagi perlu hidro dibina

"Projek Hidroelektrik Bakun berharga RM6 bilion dijangka mula menjana 300MW tenaga elektrik tahun ini dan akan meningkatkan kemampuannya kepada 2,400 MW menjelang 2012, manakala projek empangan Murum yang mampu menjana 900MW tenaga elektrik, yang sedang dibina dan dijangka mula beroperasi pada 2013, tidak mampu menghasilkan tenaga elektrik yang mencukupi bagi memenuhi keperluan industri berat."

Jika dinilaikan di Malaysia beberapa banyak empangan hidro yang wujud sampaikan menengelamkan perkampungan tradisional. Banyak mana khazanah negara ditelan oleh Projek Hidro. Banyak mana flora dan fauna yang di hilangkan oleh hidro, Banyak mana sebenarnya negara Malaysia perlukan untuk membina lagi empangan hidro? Tak cukup lagikah empangan yang ada di Malaysia, Terengganu ada empangan kenyir, kelantan ada pergau, Sarawak ada bakun, Pahang ada empangan hidro yang pertama dan tertua di Malaysia empangan sungai sepam, tapi yang yang dikira empangan hidro ialah chenderoh. Apakah seluruh Malaysia perlu dibina empangan hidro yang dikatakan murah dan mesra alam. tapi sampai hari ini, aku tengok dan perhati dari dulu hingga ke 2010 harga elektrik makin naik dan naik. Pada 1949 apabila kerajaan British yang memerintah Tanah Melayu ketika itu menubuhkan Central Electricity Board (CEB) bertukar kepada Lembaga Letrik Negara (LLN) (lengok-lengok naik kata orang Terengganu) selepas merdeka hingga bertukar dari Lembaga kepada Tenaga Nasional Berhad (Tunggu nak bungkus) kepada pihak swasta hasil kerja tangan mantan PM Cik Det, harga elektrik terus naik dan tak pernah turun-turun.

Jadi dimana untungnya membina stesen hidro yang menelan belanja berbillion billion Ringgit Malaysia. Biasanya kerajaan membina stesen ini adalah untuk menjimatkan kos bukannya menambahkan kos. Dan yang paling pelik sekali, kerajaan masih terus menerus menggunakan arang batu. Kalau nak pakai arang batu, pakai ajelah arang batu dan tak perlu le kerajaan membelanjakan duit berbillion-billion RM, memusnahkan alam sekitar, bukit-bukit dihulu sungai ditenggalam untuk membina empangan yang dikira tidak mendatangkan keuntungan kepada rakyat Malaysia.

Berapa banyak lagi hidro akan dibina di Malaysia, apakah kita rakyat Malaysia akan terus ditipu oleh TNB, Ceonya terus mengumumkan kenaikan harga arang batu dan sekaligus akan menaikkan tarif elektrik. Akhir tahun sekali lagi CEO TNB akan bersuara mengumumkan keuntungan sebebelum cukai TNB yang hampir hampir 3 atau 4 billion. Apakah tidak cukup lagi keuntungan yang diperolehinya oleh TNB, berapa banyak yang TNB perlu untuk dikira sebagai untuk 10 billion, 20 billion atau 100 billion baru dikira untung. Rakyat Malaysia akan terus ditekan dan diperbodoh-bodohkan oleh TNB, kalau membuat pembayaran kepada pembekal tenaga swasta walaupun tidak digunakan TNB tetap membayarnya. Menepati konsep penswastaan bahawa keuntungan adalah melebihi segalanya dan TNB membawa slogan "To be among the leading corporations in energy and related businesses globally" untung sahaja tiada lagi yang bersifat kebajikan kepada rakyat Malaysia. Sepatutnya Kerajaan Malaysia bila melakukan penswastaan hendaklah diwujud 2 atau 3 syarikat yang boleh memberikan sumber tenaga kepada rakyat Malaysia bukannya mewujudkan monopoli, bila berlaku monopoli hendak tak hendak terpaksa guna walaupun mahal kerana itu sahaja pilihan yang ada. Rakyat akan rebah menyembah bumi jika monopoli terus diamalkan di Malaysia. Hentikan monopoli.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP