welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Saturday, January 23, 2010

tiada puak, qabilah, bani, suku yang ada hanya islam

Tiada istilah atau realiti puak-puak, suku-suku kaum, tiada qabilah-qabilah, tiada bani dan tiada semua itu dalam Parti Islam SeMalaysia. Hanya yang ada Islam terus didada penyokongnya, pendokongnya, perjuangnya. Hidup mati hanyalah islam. parti hanya wadah dan jemaah, islam didirikan diatas kepercayaan, meperakukan Allah itu satu dan Muhammad itu Pesuruh ALLAH. Tepuklah akal fikiran dan dengar apa jawab imam. Disaat islam terus gemilang di ufuk timur, di Malaysia Parti Islam SeMalaysia terus digerhanakan oleh penyokong, pendokong dan pemimpin-pemimpin yang selalu merasakan diri mereka selalu betul dan benar. Tinggi benar ilmu mereka sampaikan sanggup merosakkan apa yang telah terbina lebih dari 5o tahun. Jika dipersoalkan kenapa begini, mereka menjawab dengan lidah yang fasih bahawa mereka nak membersihkan jemaah dari anasir-anasir yang merosakkan jemaah dan mereka punya cara yang tersendiri. Tanpa disedari mereka-mereka ini telah menjadi anai-anai dalam jemaah, merembat, meremput dan menumbangkan jemaah dari dalam dan musuh musuh islam bergembira dengan tindakan ini. Musuh-musuh tidak perlu mengerahkan segenap tenaga untuk meruntuhkan jemaah islam. Jemaah islam dah diruntuhkan dari dalam. Dan keruntuhan dari dalam amat mudah dan senang.
Islam akan terus gemilang di negara lain kerana pendokong, pemimpin dan penyokong bersatu hati walaupun berselisih pada tempat-tempat tertentu. Perselisihan pendapat akan wujud terus dalam jemaah islam tapi ini bukan lah penyebab kepada runtuhnya jemaah islam yang kita dokongi bersama. Menyerang jemaah dengan niat nak membetulkan jemaah, seperti seorang mukmin mengatakan jika umar al khattab ini menyeleweng kami akan betulkan dengan pedang. ini adalah kata-kata seorang mukmin tapi adakah mukmin ini bertindak memburukkan Umar Alkhattab jika Umar tersilap, tidak sama sekali, mereka tidak sesekali menjatuhkan maruah pemimpin islam pada waktu itu walaupun tersilap. Jika melemparkan tuduhan atau fitnah kepada pemimpin islam jika pemimpin itu berdiam diri adakah tuduhan dan fitnah itu dikatakan benar? Oleh sebab pemimpin islam itu tidak bertindak membela diri tentang tuduhan yang dilemparkan makan tuduhan itu benar, Semua mengambil mudah dengan menuduh seseorang tanpa bukti yang nyata dan bila yang dituduh tak menjawab jadi benarlah tuduhan itu. Bangsatnya kenyataan ini. Apakah ini yang diajar oleh ajaran islam?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP