welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, January 1, 2010

Terima Kasih Kerajaan - Naik Harga gula dan Roti

Selamat tahun baru 2010. Fajar tahun baru menyinsing 2010, barang-barang keperluan terus naik harga seperti slogan rakyat didahulukan percapaian diutamakan, Dengan kenaikan harga gula akan menyebabkan kenaikan harga makanan lain. Harga kuih muih akan mulai melonjak hari ini. Raja gula tersenyum lebar kerana kenaikan harga gula akan melonjakan lagi kekayaannya ibarat raja semut melihat bongkah gula yang memgunung dibawa masuk kes sarang. Simpanan gula yang telah lama teperap akan mulai dijual dengan harga baru walaupun stok lama yang ada dalam gudang-gudang boleh menampung keperluan gula negara sepanjang 3 tahun lagi. Kenaikan harga gula terpaksa dilakukan kerana harga gula dipasaran semasa melonjak naik kerana kekurangan bahan mentah dipasaran. Ini lah kata-kata yang akan dilaungkan oleh KPDHEP dibawah pimpinan Mail sabri.
Tidak ada menteri yang cerdik sedikit daripada Mail sabri yang boleh memimpin Kementerian yang begitu penting kepada rakyat. Dulu zaman Si rambut putih berlaku bermacam-macam kenaikan harga barang yang tidak masuk akal termasuk kenaikan harga minyak petrol dan juga kenaikan harga diesel yang tiada seakan-akan tiada beza harga kedua dua bahan bakar tersebut. Dimanakah akal mereka? ada dalam kepala lutut ke? Apabila kenaikan harga barang diumumkan, kementerian akan membandingkan harga gula di negara lain termasuk thailand, indonesia, singapura dan philipina. Jika diambil kira harga gula di Malaysia masih lagi rendah berbanding dengan negara Asean. Apakah rakyat Malaysia membeli gula dalam nilai Dollar Singapore ke?
Walaupun harga gula mereka mahal dengan Malaysia, apakah harga keperluan asas mereka juga tinggi? Di Thailand jalanraya yang luas yang mempunyai banyak lorong dan diselenggarakan dengan baik tanpa ada satu pun pondok Tol. Rakyat Malaysia dibebankan dengan pelbagai cukai yang tidak masuk akal, Keperluan asas rakyat terpaksa dibeli dengan harga mahal, Harga kereta di negara Asean adalah jauh lebih murah dari kereta yang terdapat diMalaysia. Kerana hendak melindungi industri automotif negara yang diilhamkan oleh Mahatir kereta import dikenakan cukai melebihi 300%. Harga kereta proton di Malaysia jauh lebih mahal dari kereta proton yang diimport. Dimana akal pemimpin kita ini, menjual kereta buatan tempatan mahal dalam Malaysia dan dijual dengan harga rendah di luar negara kerana kononnya nak bersaing.
Rakyat Malaysia akan terus ditipu dan ditipu oleh pemimpin negara.
Di negara lain walaupun kos lain meningkat ada juga kos yang ditanggung oleh pihak kerajaan yang prihatin kepada rakyat. Ada "give and take" ada yang mahal dan ada yang murah. Dasar kerajaan Malaysia selagi boleh pulas tengkuk rakyat mereka akan memulaskannya. Dalam masa sebulan dua lagi minyak akan naik dan diikuti barang-barang lain kerana kenaikan bahan mentah di dunia. Ayat yang sama akan diulang-ulang oleh menteri bergaji mahal yang dibayar oleh duit rakyat. Jadi pemimpin adalah untuk menolong menyenangkan rakyat bukan mengazabsengsarakan hidup rakyat yang sudah menderita.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP