welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Saturday, January 2, 2010

Mimpi-mimpi Indah yang akan berlaku di 2010

Mimpi indah pertama dah berlaku tepat pukul 12.00 2010 1 januari 2010, harga di naik sebanyak 20 sen, para peniaga kuih muih, pembuat air minuman dan yang bersangkutan dengan gula akan mengalami kenaikan. 20 sen je kata orang-orang yang masih termamai-mamai dan masih lagi menganggap kenaikan ni terlalu kecil bagi mereka. Apa yang mereka tidak ketahui bahawa sesuatu kenaikan barang asas akan memberikan kesan kepada kenaikan harga barang lain. Peniaga kuih muih akan mula menaikkan harga kerana untuk menampung kos barang asas pembuatan kuih iaitu gula. Peniaga dan pembuat minuman juga akan membuat demikian atas dasar kenaikan harga barang asas pembuatan mereka. Cthnya mudah aje jika kita minum air sekarang rm1 selepas ini akan dinaikan sebanyak 10 sen. jadi harga baru ialah Rm1.10. jika kita minum air sebanyak 3 gelas atau cawan sehari bermakna akan bertambah perbelanjaan kita dari Rm3 kepada rm3.30. jika dihitung sebulan akan bertambah sebanyak rm9 sebulan. itu hanya untuk satu minuman jika kita membeli kuih, minuman bergas atau lain lain barang asas berapa kos tambahan perbelanjaan yang perlu kita tanggung. kalau 10 barangan yang naik dalam kadar seposen bermakna kita kan membelanja wang pendapatan kita kepada rm90.00. Jumlah yang kecil jika dihitung akan menjadi besar, jadi dimanakah kenaikan gula yang kecil kata orang yang tidak cerdik tidak memberikan kesan kepada rakyat?
Cukai Gst akan dikenakan kepada setiap individu, Cukai ini akan memberi kesan yang lebih parah kepada ekonomi negara yang mana yang rakyat yang miskin akan terus menderita kerana kenaikan harga barangan samada yang asas atau tidak. Cukai GST ini akan mencekik rakyat Malaysia dari awal barangan dibuat atau ditanam hingga ke mulut pengguna. Cukai GST ini akan dikenakan diperingkat permulaan lagi. Kalau kita menamam pokok kelapa sawit, (tanam kelapa sawit dihalaman)ini perkiraan kecik kalau taraf TDM menanam pengsan lak kita nak mengira .Anak benihnya pokok kelapa sawit yang berusia 6 bulan akan dikenakan cukai walaupun kecik hanya 1% sahaja. Bila kita mula menanam baja akan diperlukan, dan baja yang kita gunakan untuk membesarkan pokok kelapa sawit telah dikenakan cukai GST juga, pokok kelapa sawit dah berbuah, buah terpaksa di turunkan untuk dihantar ke kilang, setiap apa yang berlaku kepada kelapa sawit untuk sehingga siap diproses akan dikenakan cukai berbanding sekarang cukai hanya dikenakan di akhir barangan telah siap dan dihantar untuk kegunaan penggunaiaitu rakyat Malaysia, Jika cukai GST ini dilakukan setiap bahagian tempat dari tanam sehingga ke akhir proses dikenakan tidak kurang dari 10% hingga 20% Tax GST akan dikenakan dan ini akan menyebabkan kenaikan harga kos barang. dulu barang hanya Rm10 termasuk cukai yang dikenakan, akan berlaku kenaikan sebanyak Rm1 atau RM2 keatas sesuatu barang. Kerajaan Malaysia akan bertambah kaya dan Rakyat malaysia terus miskin papa kedana kerana kesan GST ini.
Di bulan April 2010 minyak akan dijual dengan harga pasaran kononya. Minyak akan dijual dengan kapasiti berapa besarnya CC sesebuah kenderaan. Jika cc sesebuah kenderaan 2 ribu cc kebawah akan dijual dengan harga murah sedikit dari CC kenderaan yang berkapasiti 2ribucc ke atas. Jika dilihat pada keadaan sekarang, Minyak diesel dengan minyak petrol pun tiada bezanya walaupun keadaan ini tidak berlaku di negara-negara lain yang mana minyak diesel dijual dengan harga yang paling murah berbanding dengan minyak petrol. kajian yang akan dibuat oleh kerajaan adalah untuk menguntungkan kerajaan bukannya nak menolong rakyat jelata yang dihimpit keadaan ekonomi yang semakin meruncing. Sebanyak mana rebet akan diberikan kepada rakyat Malaysia, kononnya sekarang ini rakyat Malaysia menikmati subsidi dari kerajaan, betul atau tidak kenyataan ini, jika kita menikmati subsidi dari kerajaan sekarang minyak petrol akan hanya berlegar diantara rm1.30 hingga R1.50 saja. berbanding sekarang harga minyak bernilai rm1.80 dan rm2.05 seliter. Apakah ini harga subsidi bagi kerajaan yang amat cerdik memenuhi kantung mereka.
Perbagai idea karut akan diterjemahkan untuk rakyat Malaysia dimasa-masa akan datang, Idea yang akan diketengahkan hanya untuk menambah duit negara kerana waktu ini kantung negara amatlah tenat. Untuk menjamin kesinambungan pemimpin membelasah duit rakyat pelbagai cara akan digunakan samada secara nampak atau tidak nampak. Sampai bila lagi rakyat hendak sedar tentang kezaliman pemerintah sekarang. BERUBAH LAH SEBELUM REBAH

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP