welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, January 3, 2010

Ada juga sokong Kenaikan Gula

"Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Penang, K. Koris berkata, penarikan subsidi tersebut akan meningkatkan kos gula sekali gus memaksa orang ramai mengurangkan pengambilan gula. Persatuan pengguna mengalu-alukan peningkatan harga gula dan ingin kerajaan mengambil langkah susulan memansuhkan subsidi gula.Katanya, kerajaan boleh menggunakan penjimatan subsidi gula sebanyak RM1 bilion tahun ini untuk tujuan pendidikan dan membantu golongan miskin" sumber Mstar Online

Inilah kenyataan yang paling gila pernah keluar dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Memansuhkan subsidi gula akan menambahkan derita kepada rakyat miskin, mungkin Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Penang adalah orang kaya, kalau ini lah kenyataan yang dikeluarkan Presiden Perlindungan Pengguna baik berhenti sajalah jadi presiden, lebih baik ambik Budak sekolah darjah enam jadi presiden. Ini Persatuan Perlindungan Pengguna ke persatuan mengjahanamkan pengguna.

Penjimatan 1 billion duit subsidi gula tidak akan disalurkan kepada rakyat miskin kerana 1 billion akan dihabiskan dilitar lumba F1, kalau presiden ini terlampau gila nak mengeluarkan kenyataan kepada media presiden ini berilah kenyataan yang munasabah dan masuk akal. Lebih baik presiden perlindungan pengguna berhenti jadi presiden perlindungan pengguna jadi presiden menjahanamkan pengguna. barulah betul jadi presiden. Kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden ini mengambarkan betapa cetek dan dangkalnya otak yang diberikan tuhan. Kenaikan harga harga gula akan mendisiplinkan pengguna dalam menggunakan gula kata presiden perlindung pengguna. Apabila gula naik harga ramai rakyat Malaysia tidak lagi akan mengalami penyakit diabetes. Gula adalah barang keperluan bukannya barang perhiasan dalam rumah. Ada tak apa tak ada pun tak apa. Nama je persatuan perlindung pengguna kenyataan mengjahanamkan pengguna.

Dimanakah duit penjimatan subsidi dari harga minyak di laungkan oleh PM kita sewaktu menaikan harga minyak yang berjumlah 4 billion. Sampai ke hari ini tiada sen pun dari duit penjimatan subsidi minyak dibelanjakan kepada rakyat marhaen. Jika dikata demikian ramai le penyokong BN akan kata banyak dah pembangunan yang dijalankan di Malaysia hasil penjimatan subsidi minyak .Bila banyak subsidi dijimatkan panjang le akal pemimpin atasan peringkat pusat. Mengabihkan duit rakyat secara joli katak seperti kata Ku Li. Apakah relevennya subsidi gula ditarikbalik? Jimat duit dan dapat menolong kembali rakyat, Kenyataan yang sama diulang-ulang sampai nak muntah dah mendengarnya, rakyat terus menderita, terhimpit dan tercungap-cungap dengan keadaan ekonomi yang semakin parah. Patutlah BNUMNO dapat memerintah Malaysia selama 50 tahun ini adalah kerana adanya orang seperti presiden persatuan perlindungan pengguna. Tahu hanya mengampu dan bodek sana sini. Masih terdapat lagi ke subsidi untuk rakyat? Yang aku tahu yang tinggal subsidi adalah subsidi Beruk aje. Apakah rakyat Malaysia ini Rakyat Bersubsidi? Berubah sebelum rebah wahai rakyat Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP