welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, January 4, 2010

Woiii Rakyat Malaysia Dah Daftar Mengundi Ke?

Semua blog bercerita tentang media baru (media internet) yang berjaya menangkis serangan media dari pihak kerajaan kepada parti-parti pembangkang terutama semasa PRU12 pada mac 2008. Pembangkang meneruskan tradisi iaitu kalah sepanjang zaman, (mesti ada orang marah kat aku nanti.) Sabar dulu saudara-saudara semua, jangan cepat panas, jangan cepat emosional, jangan mati akal. Jangan maki maki sesama pembangkang. Dalam demokrasi undi terbanyak akan memimpin undi yang kecil. Setuju kalau tak setuju pi mampus sama kau orang. Dari dulu sampai sekarang ada juga penulis blog sampai hari ini tak mengundi pun. Bukan kerana tak nak mengundi tapi nama tidak tersenarai dalam Buku Daftar Pemilih. Nak Mengundi kena le mendaftar. Tulisan berapi-rapi macam (batu api )pun tak guna kalau tak berdaftar. Dimana anda mengundi, tempat lahir anda, tempat anda bekerja, atau anda mengundi melalui pos.
Bagaimana Umno boleh menang di Terengganu? Kalau aku kata Pas Terengganu kalah kerana (undi hantu) ramai orang akan kata Pas Terengganu saja mereka-reka cerita. alasan kalah kerana tidak ada strategi. Sampai hari ini Pas Terengganu tidak dapat membuktikan bahawa mereka kalah di Terengganu dan hanya menang 8 kerusi dun saja dan satu parlimen kerana pengundi hantu. Ramai penulis blog telah menghentam tanpa belas kasihan kepada Pas Terengganu kerana menggunakan alasan Pengundi Hantu. Semua pemimpin Pas Terengganu terpaksa menelan pahit kerana menggunakan alasan ini.Tiada alasan lain ke Pas Terengganu?
Bagi aku bersama kajian aku, bukan kajian Dr Hassan Hasbullah, dia punya team memang bagus dalam kajian dari perspektif. aku mengkaji dari sudut perundangan kitab SPR. Aku tak punya team aku buat kajian bersendirian aje. kalau nak percaya ke tak nak percaya terpulang kepada orang lain, ini pandangan aku.
SPR akan menjalankan 2 jenis pendaftaran, satu pendaftaran baru iaitu pemilih yang tidak pernah mendaftar. Kedua pemilih yang telah berada dalam senarai A memohon untuk memindahkan alamat mereka ke tempat baru. Pemilih yang memohon untuk menjadi pemilih disesebuah Dun dan Parlimen akan mengisi borang. Sekarang tidak perlu kepada borang lagi ianya dilakukan secara online samada dipejabat SPR Negeri ke atau SPR HQ atau juga orang-orang parti yang dilantik oleh SPR. Selepas memohon mendaftar kali pertama sebagai pemilih, orang ini akan dimasukan kedalam senarai B. Senarai pemilih A tidak boleh dicabar untuk dibuang dari senarai pemilih. Dicabar dimahkamah pun mahkamah tak layan. Orang ini akan mengundi disitu sampai kemati jika tidak melalui proses permohonan tukar alamat.
Spr akan menjalankan proses Tuntuntan dan bantahan. Orang ramai boleh membantah jika mengetahui bahawa seseorang itu tidak bermastautin di tempat yang mereka hendak berdaftar. saja suka suka daftar bukan tempat tinggal yang seperti tertera di Kad Pengenalan. Misalnya batuapi nak mendaftar sebagai pengundi di Paksabah. Kad Pengenalan dia tertera alamat di Penang, jadi Songkok Putih orang Pak sabah akan membantah nama batu api jika batuapi try nak mendaftar di Paksabah. Batuapi masih boleh jadi pengundi di Paksabah jika dapat membuktikan bahawa dia kawen dgn org perpaduang kat Paksabah, disini songkok putih akan terpaksa membayar denda kerana mengemukakan bantahan palsu. Denda akan bergantung kepada pegawai yang menjalankan bicara. Koman koman pun rm50 terpaksa dibayar oleh pembantah. Disini tidak timbul lagi pengundi hantu. kerana ia dibicarakan secara adil dan dengan bukti bukti yang sahih jelas dan nyata. nama batuapi akan dimasukan dalam Daftar A.
Dimasa ini juga pemilih boleh melakukan tuntutan kepada SPR jika nama mereka tercicir sewaktu pendaftaran dan nama mereka tidak tertera dalam senarai B iaitu senarai yang akan dimasukan dan akan disahkan menjadi pemilih dalam senarai A. Disini akan berlaku satu tindakan yang mengikut peraturan SPR kerana disini, sesiapa saja yang mendaftar sebagai pemilih disesuatu kawasan Parlimen dan Dun tetapi tidak tersenarai dalam daftar B ia berhak membuat TUNTUTAN kepada SPR. Tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan Keratan Borang A dan juga Borang B (Borang Tuntutan), nama-nama pemilih yang membuat tuntutan akan disenaraikan kembali dalam daftar pemilih B tetapi nama-nama pemilih yang membuat tuntutan hanya akan terpamir di pintu-pintu Pejabat SPR Negeri dan pejabat daerah diseluruh negeri Terengganu, Negeri lain aku tak tahu.
Nama-nama pemilih yang tercicir ini akan terpamir selama 7 hari sahaja. dan jika nama-nama pemilih ini tidak mendapat bantahan secara automatik dan mengikut perundangan pilihanraya SPR ianya akan menjadi pemilih kekal iaitu pemilih dalam Daftar A. Disini banyak pihak terutama pihak pembangkang menuduh SPR bermain kotor kerana menyediakan daftar pemilih Palsu kerana banyak nama yang dahulu tiada sekarang terdapat dalam daftar A. SPR telah mempamirkan nama-nama pemilih yang membuat tuntutan dan jika tiada bantahan dibuat dalam masa 7 hari nama ini akan tersenarai secara sah ke dalam buku daftar Pemilih A. Teknik ini amatlah berkesan kerana pemilih yang dipindahkan dapat masuk secara sah ke dalam senarai pemilih A tanpa perlu melalui proses bantahan. Nama ini sebenarnya ada terpamir di pintu-pintu pejabat SPR dan juga pejabat daerah.
Inilah keadaan yang tidak disedari oleh pihak pembangkang kerana jika melalui proses ini, ianya adalah sah dari segi undang-undang Pilihanraya. Jangan menuduh SPR menipu dalam menyediakan daftar pemilih. Inilah sebenarnya pengundi hantu, ia bukan hantu jelmaan tapi betul betul bukan cubaan lagi. Aku menulis bukan kerana nak sokong SPR tapi aku rasa ini perlu diketahui oleh semua pihak, kesian orang SPR kena tuduh, kalau tipu tipu yang lain aku tak tahu lah. Bagi aku ini keadaan yang wujud di Terengganu. Ini menyebabkan satu-satu kawasan pemilih keluar mengundi mencapai hampir 100%. Semangat keluar mengundi tidak akan ada pada orang negeri lain, hampir keseluruhan pengundi di Terengganu keluar mengundi pada PRu 12. Sebab tu Pas tidak menang. kalau keluar mengundi dalam 80% pasti pas boleh menambah kerusi. Daftar le sebagai pemilih baru boleh cerita dalam blog. Mengundi tak sekali harampun kalau cerita bab politik dari pagi sampai kemalam. Kena Daftar jadi Pemilih baru boleh cerita hal lain lain.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP