welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, December 31, 2009

Terengganu teruskan program tanam sawit di halaman rumah- Satu Lagi projek kurang cerdik

Ini lah negeri Terengganu ku cintai, semakin banyak projek-projek yang mendahului zaman. Ini lah mungkin termasuk pelan perancangan pembangunan Terengganu 2009 - 2013 yang diwarkan warkan oleh kerajaan Negeri Terengganu disokong oleh yang mengaku menyokong Pas (Kayu-api). Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Tani En. Rozi Mamat berkata program ini adalah program lanjutan program buku hijau di zaman ayahanda Najib. Penanaman Kelapa Sawit dihalaman rumah akan dapat menjanakan pendapatan kepada rakyat yang pendapatan kecil. Sebanyak rm500,000.00 telah diperuntukan untuk melaksanakan program ini. Kenapa sikit sangat peruntukan projek ini, Duit royalti op silap duit ehsan tak dapat lagi ke?
Berapa pokok sebuah rumah akan ditanam mengikut perkiraan Exco cap ayam ni? Apakah berbaloi menanam sebanyak sepuluh pokok setiap rumah? atau dua puluh pokok kelapa sawit setiap rumah. Jika pokok-pokok kelapa sawit ini telah berbuah adakah pihak kerajaan yang akan mengutip dan menjual kepada pihak TDM ke Sime Darby ke atau pihak penanam sendiri akan dikehendaki menjual sendiri. Guna pengangkutan sendiri untuk mengangkut buah kelapa sawit ke kilang pemprosesan. Ini projek untuk menambahkan pendapatan rakyat miskin atau menambahkan lagi kemiskinan mereka?
TDM merupakan anak syarikat kerajaan Negeri Terengganu yang berkecimpung dalam bidang penanaman kelapa sawit secara komersial dan mempunyai ladang-ladang yang bersaiz mega dan mempunyai berjuta-juta batang pokok kelapa sawit masih lagi mengalami kerugian inikan pula penanam secara kecil-kecilan atau penanam pokok kelapa di halaman rumah. Begini ke idea seorang exco tani Terengganu. Kenapa tidak dilaksanakan projek tanam kangkung saja dihalaman rumah yang memakan masa dari satu hari hingga ke 4 minggu, Kos yang ditanggung oleh isi rumah tidaklah berapa lama sangat berbanding dengan kos menjaga kelapa sawit sehingga 3 tahun.
Dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu baru baru ini exco ini telah menyebut bahawa pendapatan petani-petani yang menanam jagung di Hulu Terengganu akan menikmati hasil pendapatan yang tinggi hasil jagung yang akan dieksport ke Amerika Syarikat. Petani-petani jagung akan dapat menikmati pulangan rm120.000.00 setahun kerana Kerajaan Amerika Syarikat akan membeli jagung-jagung yang ditanam di Terengganu. Apakah standard jagung Negeri Terengganu mencapai standard piawaian Amerika Syarikat yang tinggi. Apakah standard kualiti dan saiz yang ditetapkan oleh kerajaan US telah tercapai, Us sebuah negara yang amat mementingkan kualiti dan juga mencapai standard piawaian yg telah ditetapkan, Kalau standard itu tidak dapat dipenuhi akhirnya jagung akan dijual kembali di tepi jalan raya dari Kampung gaung ke Sungai Tong. Disitulah tempat akhir jagung Terengganu.
Apakah kita lupa pada kegagalan tanaman Rock Melon di Setiu yang menggunakan teknologi Belanda- secara fertigasi. Awal penanaman telah dicanangkan oleh Exco tani waktu itu Rahin bahawa projek rock melon ini akan memberikan pulangan berjuta-juta rm ke negeri Terengganu. Akhirnya projek rock melon ini telah berjaya menghanguskan berjuta-juta duit royalti Terengganu. Buah rock melon tidak mencapai standard yang ditetapkan, petani-petani mengalami kerugian yang teruk, ada yang sampai hari ini masih berhutang dengan Bank Pertanian sekarang dah bertukar nama (AGRO BANK) tapi hutang tetap tidak terlupus. Tanaman Padi di Kawasan Tepoh yang berjaya merentungkan budget Rm50 juta. Projek tanam serai wangi, roselle, dan juga projek ternakan ikan keli yang mana ikan keli telah tumbuh misai dan jangut masih belum mampu di jual oleh petani-petani. Projek-projek tanaman kelapa sawit dihalaman rumah ini akan menambah koleksi kegagalan perancangan pelan pembangunan kerajaan Negeri Terengganu. Nasib yang sama boleh dikongsi seperti nasib petani di Kedah dibawah Projek menanam padi atas bumbung hasil idea Sanusi Junid dinasihat oleh Aziz yang jarang-jarang pulang kedesa.
Apakah ini pelan tindakan pembangunan Negeri Terengganu 2009-2013 seperti yang disokong oleh penyokong Pas. Mengkritik bukan kerana benci puji bukan kerana sayang, tetapi banyak mana lagi wang rakyat akan dihabiskan oleh pemimpin umno Terengganu. Apakah tinggal gigi dan gusi barulah rakyat terengganu nak tersedar dan bangun dari mimpi-mimpi indah yang terus dimainkan oleh pemimpin Umno Terengganu. Ada yang perlu dibangkang kena dibangkang walaupun kerajaan Pembangkang. Adakah Wujud KERAJAAN PEMBANGKANG? Jika dah jadi kerajaan mana buleh jadi Kerajaan Pembangkang, Itu Kerajaan namanya tiada wujud Kerajaan Pembangkang. Pelik peliknya negara Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP