welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, December 31, 2009

Jambatan Baru - untuk rakyat atau untuk kocek

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Yahya Khatib Mohamad berkata, dua jambatan itu yang akan diberi keutamaan ialah jambatan menghubungkan Kampung Teluk Pasu-Pulau Sekati-Muzium di Losong yang merentasi Sungai Terengganu. Ini lah rupanya rahmat seperti yang dikatakan oleh EXCO Pengkalan Berangan yang berkelulusan Pengajian Islam. Pernah menjadi Pengurus TNB Pantai Timur yang bergaji hampir rm25,000.00 sebulan. Zaman mantan MB AL Idrisi beliau telah terplih menjadi calon dan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, menang di Pengkalan Berangan tapi hampir mati berangan nak menjadi Exco tetapi tidak dilantik oleh Al Idrisi seperti janji-janji manis mantan mb tongkat langit.
Kawasan kritikal yang mengalami kesesakan sewaktu musim perayaan, waktu puncak dan juga masa hari kelepasan am adalah diantara simpang 4 menuju ke jambatan Sultan Mahmud, bukannya membina jambatan yang jauh dari kawasan kritikal ini. Apakah rasional membina jambatan dari muzium losong ke Kampung Teluk Pasu merentasi Pulau Sekati. apakah tiada kajian dilakukan dalam pembinaan ini atau hanya untuk mendapatkan komisen bukan untuk rakyat. Bina jambatan hanya mendapat duit masuk dalam kantung bukan untuk mengurangkan kesesakan trafik semasa waktu puncak.
Apakah Exco cap ayam ini (pinjam kata mantan Mb Al idrisi) tidak pernah melalui jalan di kampung Teluk Pasu yang sempit, berlubang-lubang dan jalan ini akan menuju terus ke Pekan Batu Enam yang telah sediada sesak dengan kenderaan. Jikalau sewaktu hariraya Jalan Ke Pekan Batu Enam akan jam dan trafic tidak bergerak-gerak dalam masa sejam dua bahkan kadangkala berlarutan ke hampir 4 hingga 5 jam baru dapat melepasi kesesakan ini. dengan keadaan jalan Kampung Teluk Pasu adalah selorong akan menyebabkan kesesakan akan bertambah teruk kerana aliran trafic tidak akan lancar sekiranya jalan di Kampung Teluk Pasu tidak dibaiki terlebih dahulu. Jadikan jalan di Kampung Teluk Pasu kepada dua lorang dan dipanjangkan terus ke Pekan Batu Enam. Keadaan "Bottom Neck" adalah berlaku di Pekan Batu Enam. Aliran trafic di sini perlu diperbetulkan dahulu samada membuat jalanraya baru yang mengandungi 2 lorong pegi dan balik, jika masalah aliran trafic disini dapat diselesaikan dahulu barulah aliran trafic dapat berjalan dengan lancar.
Jambatan yang menghubungkan dari Jeram ke Jeram Tokong telah lama di rasmikan lagi zaman Mb Tongkat Langit lagi tetapi zaman Mb Lone Ranger ini projek itu dihentikan, Mantan Mb lama telah mengadakan majlis pecah tanah sewaktu PRU12 akan berlangsung. Sama dengan projek menjadikan Pasar Baru Manir yang juga mana Alidrisi juga merasmikan perasmian pecah Tanah tanda bermula projek pembinaan Pasar Baru Manir. Keadaan Jalanraya dari Jeram ke Buluh Gading juga mengalami kesesakan, bagaimana untuk sampai ke Jeram Tongkong dengan cepat jika di kawasan ini telah mengalami kesesakan yang amat teruk, Jalan selorong dengan keadaan berlubang dan jika berada di waktu puncak musim perayaan atau juga musim cuti sekolah kenderaan akan bertambah berlipat kali ganda dari hari biasa yang telah sediada sesak.
Dimanakah rasional pembinaan Jambatan ini yang bernilai 400juta. Yang mengalami kesesakan teruk adalah dikawasan Jambatan Sultan Mahmud tetapi jambatan yang dibina tidak akan mengurangkan kesesakan waktu puncak dan juga semasa musim perayaan. Jika pemandu nak balik ke Kelantan, Setiu atau Besut tidak ada pemandu yang bangang akan melalui jambatan yang baru menghubungkan Muzium Losong ke Teluk Pasu dan juga dari jeram ke Jeram Tokong kerana faktor jauh dan juga jalan yang tidak diselenggarakan dengan baik, berlubang-lubang dan banyak selekoh merbahaya.
Bagi pengguna jambatan Sultan Mahmud, jalan terbaik untuk mengurangkan kesesakan trafic sewaktu waktu puncak dan juga semasa musim perayaan adalah pembinaan jambatan di muara sungai Terengganu. Yang mana jambatan ini bermula di kawasan kampung ladang atau bermula di kawasan Syahbandar dan merentangi muara sungai Terengganu menuju ke Kampung Seberang Takir. Aliran trafic akan menjadi lancar jika 50% pengguna jambatan Sultan Mahmud beralih menggunakan jambatan baru ini, jambatan ini akan memendekan masa untuk pergi ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Ke Lembah Bidong dan juga ke Kompleks Sukan Negeri. Dan Jambatan ini boleh direkabentuk menjadi satu mercu tanda untuk Negeri Terengganu. Inilah rahmat yang dinantikan oleh pengguna jalanraya iaitu pengurangan kesesakan bukannya membina jambatan yang jauh dari aliran trafic yang mendesak.
Semoga jambatan baru yang akan dibina walaupun tidak menepati kehendak rakyat pengguna jalanraya tidak runtuh seperti projek projek yang tidak pernah sebelum ini. Jika runtuh Exco Cap AYAM akan berkata runtuh ini satu rahmat kepada rakyat Negeri Terengganu. Dimana Perancang Bandar Majlis Bandaraya Negeri Terengganu, diam membisu seribu bahasa, telah diberi ubat perancang ke? Malangnya Negeri Terengganu mendapat Exco , penasihat dan perancang bandar yang tidak pandai merancang.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP