welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, December 29, 2009

Kad Kredit Bayar Cukai Perkhidmatan - cukai lagi dan lagi

Kerajaan Najib Al Razaki telah membentangkan budget 2010 dan hampir-hampir budget ini ditolak dengan undi 66-63. Kalau pemimpin-pemimpin pembangkang berada dalam Parlimen yang berjumlah 80 kerana katak and geng tidak termasuk dalam account pembangkang kerana mereka hidup dua alam, jika pembangkang cukup korum malam itu inilah budget pertama kerajaan Umno Malaysia ditolak. Dan Najib akan buat budget baru dengan memperkenalkan lagi cukai-cukai yg tidak masuk akal. Penasihat-penasihat najib akan menasihatkan najib untuk memperkenalkan lagi cukai cukai yang mana akan membebankan rakyat, BEBAN RAKYAT DIDAHULUKAN, DUIT MASUK KOCEK PEMIMPIN DIUTAMAKAN.
Cukai kad kredit akan dikenakan sebanyak rm50.00 setiap kad utama dan Rm25.00 untuk setiap kad tambahan. Sudah berapa ramai rakyat Malaysia yang disitiharkan bangkrap oleh Institusi kebangkrapan kerana tidak mampu lagi membayar kad kredit, berapa puluh ribu pemegang kad kredit telah diistiharkan bangkrap dan dengan penambahan cukai kad kredit akan menambahkan lagi senarai-senarai makhluk yang bergelar muflis. Mungkin kerajaan Umno suka dengan keadaan ini kerana kerajaan Malaysia juga menuju ke muflisan akibat perbelanjaan boros pemimpin umno dalam menguruskan Negara Malaysia. Dua puluh tahun dulu Malaysia berada dalam kelompok 4 negara-negara yg berdaya saing ekonominya, Jepun, korea, hongkong dan diikuti Malaysia, sifat boros dan juga berleluasa rasuah dari peringkat kecil hingga ke peringkat maharaja dewa. Sekarang Negara Malaysia berada dalam kelompok 4 juga tapi diantara myammar, loas, kemboja dan Timur Leste.
Dengan mengenakan cukai perkhidmatan Rm50.oo kepada pemegang kad, berapa puluh atau ratus juta akan masuk ke kantung bank, duit dengan mudah mengalir masuk ke kantung bank, yang menanggung sengsara adalah rakyat. Di Malaysia sekarang jumlah pemegang kad kredit adalah kira-kira berjumlah 11 juta org, dan berapa juta orang yg memegang kad kredit bank utama yg dipegang oleh Kroni Umno, siapa tak kenal adik Najib kita yg menjadi tuanpunya bank yang telah menelan beberapa bank dan yang terakhir sekali Maybank akan ditelan oleh CIMB bank (Cina, India, Melayu Bersatu) Duit percuma akan masuk ke Kantung Bank tidak perlu menjadi along yang diharamkan kerana mengutip wang, Pengutipan wang dihalalkan kerana ia dibawah kawal selia Bank Negara. Bank hanya perlu keluarkan statement dan pengguna perlu bayar cukai perkhidmatan tanpa pertanyaan dan kalau tidak bayar akan dikenakan bunga yang mana akhirnya akan menyebabkan pengguna kad kredit menjadi muflis.
Oh betapa untungnya berniaga tanpa perlu menggunakan modal. Bank tidak rugi sesen pun bahkan akan mendapat laba yang banyak dalam cukai perkhidmatan ini. Kerajaan akan berkata cukai ini akan digunakan kembali untuk rakyat, Hanya along yang tidak berlesen dan yang tidak membayat ufti kepada kerajaan umno tidak dibolehkan mengutip duit. Jika ufti telah dibayar pengutipan wang rakyat boleh dilakukan.
Betapa cerdiknya penasihat kerajaan kerana sesiapa yg mengutip duit dibawah rm50 tidak akan dikenakan akta pengutipan wang secara haram, Akta pengutipan digunakan sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, Bank negara tidak akan melakukan serbuan kerana duit yang dikutip oleh bank adalah dibawah rm50.00. Inilah dinamakan sistem MLM kerajaan Malaysia. Skim cepat kaya yang diharamkan oleh Kerajaan Malaysia. Idea Skim ini akan mendapat sijil halal kerana pihak kerajaan atau bank mengutip duit dibawah RM50.00. Oh indahnya Malaysia Ku. Lihat lah dunia betapa cerdiknya pemimpin kerajaan Malaysia. Oh Bodohnya rakyat Malaysia kerana mengekalkan pemimpin seperti ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP