welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Saturday, December 26, 2009

Lombong Bijih Besi - Untung atau rugi untuk Rakyat Terengganu

Semasa persidangan Dewan undangan Negeri Terengganu, dewan dimaklumkan bahawa perlombongan bijih besi akan bermula kembali di Bukit Besi, Rasanya tak perlulah kita mengambil kira Adun Bukit Besi yang meracau-racau dalam Sidang DUN Terengganu baru-baru ini, Adun Bukit Besi mengatakan dia anak jati Bukit Besi dan lahir di Bukit Besi dan menjadi Adun Bukit Besi tapi tidak tahu menahu tentang perlombongan biji besi akan dimulakan semula selepas berpuluh-puluh tahun menghentikan operasi. Nostalgia Bukit Besi dengan bandar perlombongan telah menjadi sejarah kepada Negeri Terengganu. Rel-rel keretapi, gerabak-gerabak keretapi pernah mendiami dan menghiasi bandar Bukit Besi, kalau kita ke pantai teluk lipat pasti ada yg masih boleh dilihat sampai kehari ini kesan-kesan sejarah bandar perlombongan di Negeri Terengganu.
Tiga syarikat telah dianugerahkan untuk menjalankan operasi perlombongan bijih besi, Kerajaan Negeri Terengganu memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri bahawa sebuah syarikat telah dilantik untuk mengkaji bijih besi di Bukit Besi dan syarikat ini telah membuat kajian dan memaklumkan bahawa terdapat 5 juta tan bijih besi tertanam di bukit besi. .
Setelah berpuluh tahun infrastruktur yang ada untuk mengangkut dan menghantar biji besi ke pelabuhan telah hilang atau telah punah ranah akibat tidak dijaga dan diselenggarakan dengan sempurna, Apakah ketiga-ketiga syarikat yang dianugerahkan kontrak melombong bijih besi di Bukit besi akan membina landasan rel keretapi atau kerajaan Terengganu akan membinanya? Kalau kerajaan negeri yg akan membina rel keretapi untuk mengangkut dan menghantar bijih besi ke pelabuhan, dimanakah duit akan digunakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu, berhutang lagi dengan kerajaan Pusat? royalti tidak ada lagi hanya wang atas belas kasihan. Berapa juta pula akan dihabiskan untuk membina landasan keretapi dari bukit besi merentangi ke pelabuhan kemaman atau ke pelabuhan kuantan. Pelabuhan asal di teluk lipat tidak dapat digunakan lagi kerana keadaan geografinya tidak lagi sesuai dengan keadaan sekarang.Tiada jalan yg sesuai untuk mengangkut biji besi kecuali keretapi. Lori-lori atau treler bersaiz gergasi tidak sesuai untuk mengangkut bijih besi. Kalau sesuai pun hanya akan merosakkan jalanraya.
Apakah projek melombong bijih besi ini hanya alat untuk menghalalkan cara untuk mentankedarah balak yg bermutu tinggi yang masih banyak ada di kawasan Bukit Besi. Hutan-hutan perlu dibersihkan dan penebangan balak menjadi halal kerana ianya untuk pembinaan rel keretapi. Selepas gondol hutan balak ini, kerajaan akan mengistiharkan bijih besi yang ada tidak mampu lagi menampung kos pengeluaran dan ini akan membolehkan lombong ini ditutup kembali. Mungkin ini adalah rahmat bagi YB Exco Cap Baghal, Kalau runtuh dikatakan rahmat, bermakna lombong bijih besi yang akan ditutup merupakan rahmat juga kepada rakyat Terengganu kerana kerajaan tidak perlu lagi membina landasan keretapi dan wang rakyat Terengganu akan terselamat Ini lah pemikiran exco-exco dan juga MB cap baghal Terengganu. Dulu Mb Cap Ayam dah tumbang kerana sifatnya yg mendahului zaman, TIDAK PERNAH SEBELUM INI, Tidak pernah sebelum ini lah, YM AL Sultan Terengganu menyepak MB Tongkat Langit rebah sebelum bertakhta kembali. Hilang Mb Cap Ayam naik pula MB Cap Baghal. Semakin malang le Rakyat Terengganu. Rakyat Terengganu sentiasa rugi.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP