welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, December 23, 2009

YB Umno Terengganu serang MB Lagi

Persidangan dewan undangan Negeri Terengganu dijangka lesu seperti mana dari awal tahun ini yg mana bermacam-macam kontroversi berlaku kepada sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Berita-berita angin menghentam laju menuju ke MB Terengganu, dijangkakan akan berlaku undi tidak percaya kepada MB Mat Said, Mb berjaya menangkis serangan dari geng deris dengan hanya perlu membeli 2 ekor kambing Boer, serangan ini dijangka dapat melumpuhkan jentera dan juga dan menumbangkan kerajaan mb tapi dengan pertolongan dari kambing boer, mb terselamat. persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu berlangsung dengan selamatnya, pihak penentang MB mati kutu kerana tidak berjaya dalam serangan itu.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu bermula lagi, pemulauan Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu dilakukan kerana Yb-YB Umno mendapat sms ugutan, Yang menerima sms ugutan bunuh hanya 3 orang tapi YB umno yang tidak hadir seramai 10 orang, YB umno ini berlindung di bawah satu pokok Kelapa sawit ditengah bandar Kuala Terengganu yg jauhnya dari tempat persidangan dengan pokok kayu ini hanyalah 3 km.Kalau Mb tidak dapat memberi jaminan keselamatan kepada 10 org yb umno ni sewaktu persidangan dewan undangan negeri berlangsung mereka tidak akan hadir, selepas diberi jaminan, keesokan harinya dengan muka selamba 10 YB budak deris ini hadir sidang Dewan sekadar mencukup korum atau hanya mengelakan status yb gugur dengan sendirinya. Serangan kali ini lebih hebat dari dulu, dulu hanya khabar-khabar angin mengatakan ada penantang dalam kerajaan Mb Terengganu, rupa mereka sebenarnya telah diterjemahkan bahkan sesuatu telah bocor dalam serangan ini, sms yg berbau ugutan bunuh dikesan polis dihantar oleh geng sendiri , sampai hari ini, kemanakah pendakwaaan kepada individu yg terlibat menghantar sms ugutan senyap sepi. Dibakul sampahkan? Kesan serangan ini, makin jelas terbayang siapa perancang serangan kepada Mb. Geng-geng MB Tongkat Langit nampak masih belum berpuashati.
Persidangan yg dijangka lesu rupanya panas meruap-ruap, pada 21 disember 2009 berlangsung lagi serangan kepada Mb, kali ini Yb yb Umno penentang Mb dengan lantang menyerang MB dalam sidang dewan undangan Negeri Terengganu, kali ini serangan secara berdepan dan secara anak jantan. Yb dari Bukit Besi dengan semangat besi memulakan serangan dan berulang ulang kali menyindir MB, tidak ketinggalan juga YB Alur Limbat (lembab) melakukan serangan kepada Mb, Mb masih lagi mengekalkan gaya lamanya menjawab pertanyaan YB Yb Umno cuma Mb tidak ajak bergocoh macam biasa, mungkin kerana dalam kapal yg sama, kalau ajak bergocoh karam kapal dalam PRu13 nanti, Tapi pihak YB penentang Mb berjaya menyelesaikan misi mereka dengan cara berdepan dan menjelaskan apa yg selama ini tersembunyi. Hayat mereka mungkin pendek dan mungkin inilah kali terakhir berada dalam dewan, jadi apa salahnya menyerang Mb dengan lantangnya. 3 hari persidangan, bukan hal rakyat yg dibincangkan dewan undangan menjadi tempat menyindir sesama sendiri, meluahkan rasa tidak puashati diri sendiri kerana gagal mendapat apa yg dihajati. 3 hari yang bernilai terbuang begitu saja, Inilah YB YB Umno Negeri Terengganu, Hasad dengki mereka didahulukan, irihati mereka diutamakan. Rakyat makin menderita dengan kenaikan cukai GST, mungkin dalam tahun akan datang cukai kepala akan dikenakan, minyak akan mengikut harga pasaran, minyak naik akan dinaikan, harga minyak turun, kerajaan perlu berfikir dulu untuk menurunkan harga minyak, Gula juga akan kehilangan subsidi, yg tinggal subsidi beruk, Apakah benar rakyat Malaysia menikmati subsidi atau rakyat yg memberi subsidi kepada pemerintah?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP