welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, December 1, 2009

Tembok Penahan Banjir 6juta

Kerajaan akan membelanjakan duit rakyat sebanyak Rm6juta untuk membina tembok penahan banjir di kg pusu tiga, Apakah rasional perbelanjaan yg begitu tinggi hanya untuk membina tembok penahan banjir. Apakah YB ADUN Tepoh tidak melakukan kajian terperinci bila melontarkan idea untuk membina tembok penahan banjir, YB Adun Tepoh memang seorang mahir dalam bidang ugama tetapi dari segi idea untuk menolong rakyat idea yg dikemukakan adalah kosong, Kawasan Pusu Tiga dulu adalah tempat tadahan hujan dari Tok Jiring, Gong Badak dan kawasan sekitar, Pihak pemaju dikira beruntung kerana dapat menjual rumah-rumah tersebut kerana dalam masa pembinaan sehinggalah diduduki kawasan tersebut tidak dilanda banjir yg amat teruk seperti sekarang. Jikalau banjir telah melanda kawasan tersebut pada awal-awal pembinaan pihak pemaju mungkin akan mengalami kerugian kerana tidak ada sesiapa yg akan membeli rumah tersebut. Kawasan itu memang asalnya adalah kawasan tadahan hujan bagi kawasan sekitar tok jiring, gong badak, taman salwa, gong kuin, wakaf tembesu. Bagaimana kelulusan boleh diluluskan untuk membina projek perumahan ditempat kawasan tadahan hujan. Pembinaan Airport baru juga menjadi penyembab baru kepada penduduk disini kerana kawasan ini menjadi kawasan paling rendah berbanding kawasan lain, sistem perparitan yg lama sudah tidak relevan dengan keadaan sekarang.
Kenapa tidak pihak kerajaan BN Sekarang dibawah pimpinan mat said tidak menggunakan duit rm6 juta itu untuk membeli kembali rumah tersebut dari rakyat, dengan duit 6 juta itu penduduk pusu tiga tidak perlu lagi setiap kali musim banjir tiba akan mengalami kerugiaan yg teruk dari segi tenaga, duit dan juga kemusnahan rumah. Penghuni taman perumahan Pusu 3 tidak melebihi 50 buah keluarga, kalau setiap keluarga dibagi rm100 ribu ringgit sekeluarga peruntukan yg ada dapat dijimatkan sebanyak satu juta. Pihak penduduk Taman Pusu 3 amat bersetuju jika diarah berpindah kekawasan lain. Tidak lah sepanjang tahun penduduk disini akan mengalami kerugian. Tidur penduduk lebih lena, dan rakyat merasa nikmat berada di bawah pemerintahan Mat said. Tetapi projek ini tidak mendatangkan keuntungan kepada kroni-kroni YB ADUN, kalau tidak ada projek macamana YB Adun nak membina mahligai bernilai berjuta-juta ringgit.
Rakyat di sembelih dulu pencapaian kroni untuk untung diutamakan. YB Adun tidak perlu melontarkan idea Cap AYam meminjam kata kata mantan MB Natang. YB ADUN akan membuat pusingan U jika MB natang dah tak berupaya membuat U turn lagi kerana sekatan. Baiah dan wala kepada MB BAru telah diberikan jika masih lagi memilih beliau untuk bertanding pada PRU13 nanti. Hayat sebagai Adun tidak lama lagi akan berakhir jika tidak membuat pusingan U, Jika kita tidak mempu menentang kita join dia, itulah falsafah baru yg akan dikemukakan jika keadaan bertambah buruk, tiada tanda-tanda akan reda.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP