welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, February 3, 2011

strategi umno di selangor

adun pkr akan didakwa dibawah hasutan, adun seri muda shuhaimi shafie akan didakwa isnin ini. satu lagi tektik mudah musuh untuk menguasai negeri selangor. adun adun pkr, dap dan pas lain kali berhati hati mengeluarkan kenyataan kepada media atau blog peribadi. kalau aku kata bangangkan ada pulak yang melompat tinggi dari biasa. pemimpin pakatan rakyat terlebih emosional sekarang. mengulas perkara perkara yang membolehkan polis mengambil tindakan untuk mendakwa mereka dibawah mana mana akta hasutan. apakah kita lupa apa yang terjadi kepada 2 ekor celaka di perak yang meruntuhkan kerajaan perak. begitu cepat pemimpin pakatan rakyat lupa tentang tektik, strategi umno untuk menguasai sesebuah negeri. tak perlu menang pilihanraya pun negeri masih boleh dikuasai. senang dan menjimatkan. di perak sumbat dan humban dan dakwa 2 ekor celaka dibawah akta rasuah akhirnya celaka ini melutut dan menyembah walaupun diketahui bahawa mereka sebenarnya ingin menyeberang untuk mendapatkan laba yg lebih tinggi.

kepada pemimpin pakatan rakyat, berhati hati mengeluarkan kenyataan sekarang. cermat dan selidik dulu. walaupun perkara yang disentuh adalah benar tetapi media massa umno akan memutarkan isu tersebut dan akhirnya adun seri muda tersangkut di jaring. walaupun isu begini tak perlu di war warkan. berdiam diri adalah lebih baik. untuk mencari political mileage pun agak agak lah. cari popular pun carilah jalan lain. jangan ikut perangai adukatarakguna yang mencari glamour. tiada apa apa yang diperolehi selain menghuni lokap semalam dua. merasa nasik lokap kerana ketidakcermatnya pemimpin mengulas isu isu. mengulas isu dari sudut jangan sampai mencederakan diri sendiri dan kerajaan negeri. boleh atau tidak pemimpin hanya menjawab no komen. tak boleh ke atau terlampau gatal sangat nak menulis sampaikan terpalit imej bodoh di muka sendiri. apakah dengan bermulut celupar akan menyelesaikan isu suk bahkan menambah beban kepada kerajaan negeri. satu kerusi akan hilang selepas perlabuhan kelang. apakah ada lagi yang sengaja menempah ajal sebelum waktu.

khalid samad pun nampaknya sudah mulai mengeluarkan kenyataan yang membolehkan tindakan akan dibuat keatasnya. kalau gatal sangat nak keluar kenyataan buatlah kenyataan tentang banjir atau apa apa yang tidak menyentuh sensiviti. pemimpin yang bijak adalah pemimpin yang boleh mengulas sebarang isu tanpa menjejaskan kerajaan negeri dan boleh menjejaskan kepimpinan parti pembangkang. kurang satu kerusi makin menjejaskan pentadbiran negeri. jangan menambah tekanan kepada kerajaan negeri yang tengah nazak diserang dikiri kanan atas bawah. tolong bantu kerajaan bukan menambah tekanan. umno bergembira dengan keadaan ini. bercermat mengeluarkan kenyataan yang membolehkan umno mengambil alih kerajaan negeri dengan tidak perlu bersusah payah mengeluarkan keringat seperti di tenang dan prk yang sewaktu dengannya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP