welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, January 6, 2011

tazkirah jalanan - mat said naikkan cukai pintu

kenaikan cukai pintu akan bermula di terengganu dibawah pimpinan mat said. mat said mb bukan pilihan umno nampaknya cuba bermain api diakhir pemerintahannya. salah laku mat said makin banyak. sewaktu permulaan pemerintahan yang tidak direstui oleh umno pusat, mat said lebih berjiwa rakyat dengan memakai songkok tinggi, berdoa dengan mata kuyu seolah olah seorang rakyat marhaen yang akan membantu rakyat terengganu keluar dari kepompong kemiskinan yang membelenggu selama ini. rakyat terengganu berharap mat said lebih baik dari deris natang. deris natang digambarkan seorang yang derhaka kepada sultan, bersifat pendendam, pemboros dan kurang cakna rakyat pentingkan periuk dari rakyat terengganu. disaat kejatuhan empayar deris natang bermula disaat dia mula meminggirkan rakyat miskin. membangunkan terengganu dengan penuh keegoan. segala hasil rakyat dipunggah ke besut seolah olah besut adalah ibu negeri terengganu.
pelbagai rancangan dibuat oleh deris agar besut membangun, membina taman ilmu, pelbagai ilmu boleh didapat di taman ini, termasuk ilmu menyusahkan rakyat dan menipu rakyat, mendirikan jerteh souq yang setanding dengan bazaar turki diistanbul nasib baik bazaar saja tak diimport masuk fahaman kamal attarturk yang celaka itu. universiti darul iman akhirnya sepi menyembah bumi projek yang menelan belanja ratusan juta hanya 4 pekerja binaan saja yang tinggal untuk menyudahkannya. masjid hadari yang diilhamkan hasil ilham mantan pm sleep dibina dijerteh, akhirnya bil elektrik tertunggak begitu banyak sampaikan hampir setahun tak dapat dibayar oleh jusoh dan geng geng penarik kereta. nasib baik le deris natang tak sempat pindahkan pusat pentadbiran wisma darul iman ke besut, kalau sepenggal ini haruslah akan berlaku kerana slogan deris yang maha hebat, tak pernah sebelum ini, yang tak pernah dilihat. ada yang betul tak pernah sebelum ini mb kena sepak keluar dengan hina walaupun menang.

tahun ini akan menyaksikan rakyat terengganu akan lebih menderita dengan pengumuman kenaikan cukai pintu oleh mbkt, majlis perbandaran kuala terengganu bandaraya yang tak mencukupi syarat dan oleh kerana kebodohan deris ia ditabalkan juga oleh deris natang. mat said yang mengambil alih dari deris natang akan menjadi mat said setan pula. mat said setan akan menaikkan cukai pintu untuk memparahkan lagi ekonomi rakyat terengganu yang sudah hampir kontang sekarang. untuk mendapatkan 50juta bukan satu angka yang kecik. ini bermakna rakyat terengganu akan memperolehi bala baru tak sampai bulan dua. dengan mencari dana sebanyak 50 juta rakyat terengganu akan terbeban lagi. apa salahnya mat said memotong peruntukkan kos membina pulau bebas cukai yang tak memberi manafaat langsung kepada rakyat terengganu. kejahatan mat said akan bertambah dari tahun ke tahun dan akan berhenti jika dia juga disepak oleh rakyat. kalau mat said tidak disepak mula sekarang kejahatan mat said akan bertambah hebat.

dengan pembukaan giant dikijal ditengah hutan rimba belantara tempat bergustinya rimau. mat said merasmikan giant menggantikan giant di mesra mall. oleh kerana deris ada taman ilmu, mat said buat bandar textile di kijal bersebelahan dengan giant. nanti ramailah saudagar kain akan bertumpu disitu atau akan menjadi bandar gajah putih pertama di bawah mb mat said. apakah bodoh sangat ke saudagar kain dari thailand nak ke terengganu dari pergi kebangkok. apakah rakyat dikijal melebihi 50 juta orang berbanding bangkok. mungkin sebab kemajuan kijal bermakna saudagar kain dari thailand akan masuk kerana mengikut pesanan mat said. perancangan bangang mat said tak akan kemana tak ada maknanya saudgar kain akan datang kebandar textile mat said bina selama menjahanamkan duit rakyat sebagaimana beliau menjahanamkan duit rakyat membina roller coaster dulu. tak sampai setahun roller coaster tak berfungsi. dizaman wan tar lagi mat said dah berjaya membodohkan rakyat terengganu. pusat jantung pun dah mula beroperasi sekarang dibawah perut bukit kijal. jauh kedalam batu ditepi laut pemandangan yang cantik menyebabkan pesakit jantung akan cepat pulih. dan cepat kiok menengok bill perubatan yg dikenakan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP