welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, September 27, 2010

cecacing siber paling berbahaya - Stuxnet.

perang cyber sudah bermula dengan penghantaran virus ke dalam computer negara negara. cecacing memakai nama gelaran stuxnet telah menyerang negara seperti india, jerman, pakistan, indonesia, kanada dan amerika syarikat sebelum menyerang iran. sistem teknology nuklear iran menjadi satu tempat serangan. dan pakar pakar dari iran dah bertungkus lumus untuk menghapuskan serangan ini. virus ini menyerang keseluruhan sistem komputer dan akan melumpuhkan kawalan kepada sesuatu tempat. hampir 45000 ribu tempat telah dijangkiti oleh stuxnet ini. iran berharap dapat menghapuskan stuxnet lebih awal, keadaan berjaga jaga telah dikeluarkan kerana tempat serangan utama adalah loji nuklear iran.
iran berpendapat ini adalah serangan daripada amarika dan israel, kerana serangan cecacing cyber ini bertumpu di satu arah dan tempat saja. iran dah berjaya menahan asakan cecacing ini dari terus merebak. dan negara yang belum lagi mengalami serangan ini berada dalam keadaan berjaga jaga. virus maya ni boleh mengambil kawalan dari jarak jauh. kawasan pengindustrian iran juga menjadi tempat serangan. cecacing ini menganas dalam minggu lepas dan semakin mengganas jika tidak dibendung dengan segera. jika cecacing ini tidak disekat bermakna seluruh dunia akan menghadapi serangan dari stuxnet. iran dengan terang menuduh penglibatan amerika syarikat dan sekutunya israel melakukan serangan stuxnet ini. apakah malaysia akan selmat dari serangan cecacing ganas ini.

berita terbaru yang diterima Cecacing Stuxnet telah menjejaskan 30,000 komputer di Iran tetapi ia gagal menyebabkan kerosakan yang serius, kata beberapa pegawai negara itu semalam. Menurut Ketua Majlis Teknologi Maklumat, Kementerian Industri, Mahmoud Liayi, kira-kira 30,000 alamat Internet Protokol komputer telah dijangkiti oleh Stuxnet setakat ini di Iran.Cecacing itu pada awalnya telah dikenal pasti pada Jun lalu dan ia dihasilkan untuk sistem kawalan komputer Siemens yang kerap digunakan untuk menguruskan bekalan air, pelantar minyak, loji tenaga dan kemudahan industri lain.

Menurut penyelidik keselamatan komputer, Ralph Langner, Stuxnet mampu untuk mengenali satu rangkaian kawalan dan memusnahkannya.Beliau mengesyaki, sasaran Stuxnet ialah kemudahan nuklear Busheher di Iran.Bagaimanapun, syarikat komputer Siemens mendakwa perisiannya tidak dipasang di kemudahan nuklear tersebut.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP