welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, July 30, 2010

kerja kerja tuntutan dan bantahan

pekerja pekerja parti islam semalaysia sekarang perlu bekerja keras demi menjamin kemenangan dalam pru yang akan datang. proses tuntutan dan bantahan pemilih sudah bermula, kecekapan pengurusan pas dalam menguruskan proses tuntutan dan bantahan perlu diselenggarakan dengan baik. kerja kerja ini memerlukan ramai pekerja diperingkat kampung kerana sukar untuk mengenali pengundi pengundi yang baru, yang berpindah, yang baru kali pertama lokaliti pindahkan atau diwujudkan. perpindahan ini secara amnya biasa sahaja tetapi apabila dekat nak pilihanraya akan ada onar dari spr yang menyemak dan menyesakkan dada para perjuang pas. walaupun seminar diadakan tetapi proses terakhir dalam menyempurnakan tuntutan dan bantahan perlu dihadapi dengan bijak.


pembantah perlu mengemukakan saksi atau apa saja yang boleh membuatkan pendaftaran pemilih yang tidak bermastautin disitu boleh dibuang. pastikan pemilih yang mendaftar dikawasan atau lokaliti adalah betul betul menetap dikg itu, roadmap yang dibuat biasanya terbabas sedikit kerana banyak sangat pembinaan rumah baru. update roadmap adalah amat perlu dalam proses tuntutan dan bantahan. pas perlu pekerja dalam usaha memastikan tiada pengundi import dari kawasan yang umno telah tahu dia akan menang. proses perpindahan ini sangat biasa dilakukan dengan pelbagai tektik dan teknik.


pas memerlukan sangat tenaga kerja yang betul betul bekerja kuat untuk parti, bukan pekerja parti yang hanya pandai menulis didalam blog, yang tak kenal mana borang tuntutan dan bantahan. skarang spr dah mengenalkan deposit kepada nama nama yang dibantah diatas alasan untuk mengelakkan pembantah membantah secara sewenang wenangnya. kalau 100 nama pas terpaksa menyediakan rm1000 kalau seribu dah berapa. kerja kerja ini memerlukan penelitian kerana silap membawa padah kepada pembantah dan parti. pas akan kerugian kerana jika gagal nama pemilih akan masuk ke section A dan pembantah akan dikenakan denda kerana membantah kepada pemastautin. denda dikenakan kerana cuai dalam membantah dan memberikan bayaran balik kerana terpaksa hadir dalam pembicaraan dan ada yang terpaksa bercuti. oleh itu ada pro dan con. jadi berhati hatilah.


dari duk melalut menulis perkara perkara karut dalam blog, ayuh turun gelanggang dan pastikan kemenangan pr dimasa pru yg akan datang. hentikanlah kerja bangang yang duk menyoal benda benda tahyul dan berimankan khabar angin. dendam tak membawa pas ke atas. berkerja kuat demi parti islam semalaysia, kita tak mengharapkan apa apa kepada parti, cukup bagi kita jika pemimpin pas memerintah malaysia dengan adil dan saksama. imbuhan, kuasa dan perhargaan tak perlu sangat kerana ada yang menunggu kita disana. ayuh wahai ahli pas hentikanlah kerja kerja bangang dari terus menerus menimbulkan suasana hangat dan menguntungkan pihak umno. umno bertepuk tangan dengan kebodohan penulis yang menjadi tangan umno dalam usaha menumpaskan pas. banyak kerja lagi yang bermanafaat dari terus menerus menulis benda benda yang sama. pas tak akan menang jika ramai yang mengkritik dari menjalankan tugas tugas parti. tepuk dada tanya iman.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP