welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, June 16, 2010

politik di terengganu

sebahagian blogger mengatakan pas tak akan lagi mungkin menawan terengganu. selepas negeri lain jatuh ketangan pakatan rakyat, terengganu gagal ditawan pas. hasil tinjuan blogger mendapati bahawa pas terengganu kalah di terengganu kerana tak ada pembaharuan yang dibuat, pas terengganu gagal mengikut strategi strategi blogger yang amat bijak dalam mengatur strategi. pas terengganu semakin bodoh selepas era 1999. selepas kebangkitan blogger pas terengganu gagal merencanakan dan gagal menawan hati blogger untuk membantu pas menang di terengganu. tanpa pertolongan blogger pas terengganu akan terus gagal untuk berkuasa sebagaimana pas dikedah dan kelantan dan menjadi mb ehsan pakatan rakyat diperak. namun jangan bimbang pakatan rakyat akan menang di perak dan pas perak akan menguasai lebih banyak kerusi kerana adanya blogger yang bersama sama pas perak. pkr dan dap akan menambah kerusi dengan banyaknya di perak.

situasi politik terengganu telah diulas dengan baik oleh tulangbesi@tulangrawan. tok guru haji hadi akan tewas di rhu rendang dan parlimen marang. kem tentera telah siap dibina dan 6000 pengundi pos akan dimasukkan di parlimen ini. kem yang dimaksudkan oleh tulangbesi adalah terletak diwakaf tapai dan wakaf tapai tidak termasuk dalam dun rhu rendang, jadi macamana ada kem kat rhu rendang. wakaf tapai termasuk ke dalam dun pengkalan berangan atau separuhnya termasuk dalam dun ajil yang terletak di kawasan parlimen hulu terengganu. mungkin tulangbesi dah tahu persempadanan baru yang akan diluluskan kot. kalau lulus persempadanan baru, wakaf tapai tetap tak termasuk dalam dun rhu rendang. jadi mungkin askar askar dari lombok yang akan berkhidmat di rhu rendang dan parlimen marang. lawak lawak le tulangbesi ni rupanya. lama sangat duk dilombok sampai gila jadinya.

jangan cakap politik terengganu jika tak tinggal disini, ada yang menulis pandainya politik mat said kerana pakai politik kampung, oleh kerana bini dia dapat ebook percuma dari mat said dipuji mat said pandai berpolitik. hanya 800 cikgu yang dapat ebook percuma dari mat said, jadi 800 ini akan mengundi mat said kerana dirasuah dengan ebook. susahnya pas nak tawan terengganu jika cara mat said berpolitik. mat said berbaik dengan pas kerana pas akan kecundang di pru akan datang kata mahaguru tulangbesi. tahu ke bagaimana politik kampung dan bandar. dah dengar ke rintihan orang lain bukan cikgu, kalau cikgu lain le boleh aje jadi barua mat said. terpaksa jadi barua atau memang barua pun. memuji mat said begitu hebat dan dalam sinis membodohkan pemimpin pas.

jika hanya berinformasikan blog dan juga telahan fikiran bodoh, politik terengganu boleh diubah suai dengan mudah sekali. bukan payah pun. berimankan khabar khabar angin pun boleh menulis politik terengganu. tulangbesi boleh menulis dengan auta apa salahnya. greenboc pun boleh menulis dengan bodoh tentang politik terengganu. semua blogger diseluruh dunia tahu dan faham politik orang orang terengganu. bukannya susah sangatkan. mari duduk kedai kopi tiada hakim dan saksi dah boleh tahu tentang politik orang terengganu. dapat ebook free dah boleh mengampu mat said. puja gila dengan kehebatan politik mat said. duduk depan pc terus tulis entry tentang politik terengganu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP