boikot 13 mei di terengganu (2)
esok gertak akan tetap meneruskan majlis perkauman mereka. ngo pro umno ini berjaya mendapatkan stadium tertutup untuk menlaksanakan agenda kemelayuan mereka. umno dah berjaya memperkudakan gertak yang sememangnya umno dari kulit sampai ke tulang sum sum. pengerusi gertak adalah calon umno di rusila. gertak diterenggnu sepertimana perkosa di kelantan. gertak cuba menonjolkan diri untuk dijadikan tunggangan umno dan akan memperolehi bantuan dan laba dari umno. umno cuba berselindung dibalik gertak kerana tidak mahu dituduh rasis.
institut intergriti juga bersama sama menganjurkan 13 mei 2010. kejadian 41 tahun lalu sering kali didendangkan oleh umno untuk menawan hati rakyat melayu. tiupan angin perkauman ini menjadikan umno masih boleh mengawal minda melayu di terengganu. mungkin satu hari nanti 13 mei akan diistiharkan hari cuti umum bagi negara malaysia. ini tidak mustahil berlaku di negara yang bernama malaysia. seluruh umat melayu terengganu tidak perlu hadir besok. boikot majlis gertak ini. biar sunyi stadium tertutup. esok mungkin budak budak sekolah akan dikerah untuk meramaikan ahli ahli yang hadir atau juga pegawai kerajaan negeri di paksa hadir ke majlis perkauman ini.
dah seminggu kain rentang dinaikkan. mahathir mantan pm yang banyak memperbodohkan rakyat malaysia terutama diterengganu dijemput menyampaikan ucapan. rakyat terengganu tidak perlu datang ke majlis melayu bangkit kerana cik det banyak menyusahkan umat melayu di malaysia, diterengganu cik det merompak duit royalti dan membiarkan rakyat terengganu menderita kesusahan. duit royalti terengganu digunakan ditempat tempat yang tidak memberikan kesejahteraan hidup. taman tamadun islam yang semakin suram pengunjungnya. hanya kos mengawal selia meningkatkan perbelanjaan kerajaan negeri. sedikit masa lagi akan tinggal menjadi sejarah dan menjadi gajah putih.
0 comments:
Post a Comment