welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, April 23, 2010

umno marah pakatan rakyat guna masjid

umno marah kat pakatan rakyat kerana dikatakan menggunakan masjid dalam memberikan ceramah politik untuk prk hulu selangor, utusan melaporakan orang ramai yang muak dan bosan, akhirnya tertulis nama ketua pemuda hulu selangor yang marah, apa ke gila utusan, ni bukan orang ramai yang marah, tapi orang umno je. carilah berita yang ada value sikit untuk umno, esok pemuda umno batang kali akan menghantar memorandum bantahan kepada jais kerana pakatan rakyat menggunakan masjid untuk pentas ceramah politik. setahu aku lah esok bukan ke cuti di selangor, pemuda nak hantar memorandum kepada siapa, kalau jaga ada kot esok. kasihan umno dah jadi pembangkang buatlah reti sikit perangai jadi pembangkang.

umno dah banyak menggunakan harta benda kerajaan persekutuan, dari jheoa ke jabatan perdana menteri, sampaikan isteri pm pun turun berkempen pakai nama jabatan persekutuan, bomba pun termasuk sekali digunakan dalam kempen kali ini, yang menjadi kebimbangan terjadi kebakaran dalam masa kempen rumah rumah orang orang pakatan rakyat, mana le tahu ada arahan yang dikeluarkan tak boleh padamkan rumah pembangkang, tak ke haru nanti. apalah malangnya umno terpaksa gunakan segalanya untuk melawan parti pemerintah di selangor. umno kan pembangkang di selangor jadi pandai pandai bawak diri sebagai pembangkang jangan nak jadi pemerintah pulak.

dulu biasa mewah sekarang jatuh miskin dengan cepat, jadi tak boleh lah lagi berlagak nak gunakan segala yang kerajaan negeri punya. nasib baik kerajaan pakatan rakyat baik, kalau umno memerintah mana ada adil dalam menentukan kegunaan dewan sivik ke, balai raya, umno kontrol semua tu macam mak bapak mereka punya, duit rakyat yang bina semua tu, semua rakyat berpeluang menggunakannnya. bila sekarang orang acah tak bagi guna, siap siap merajuk pulak dan mengadu ke akhbar, jadi anak manja dah lama sekarang masa susah jadi susah nak jadi orang susah. belajarlah hidup susah umno lagipun nanti lagi susah kalau pakatan rakyat dapat tawan putrajaya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP