welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, March 4, 2010

dulu ada pengundi hantu sekarang ada mp-mp hantu

Dulu riuh diseluruh negara pas mencanangkan bahawa pas kalah dalam pilihanraya kerana adanya pengundi hantu, semua blogger menulis yang pas kalah bukan kerana pengundi hantu, itu hanya alasan pas terutamanya di terengganu, alasannya mudah tidak perlu post mortem dan tidak perlu diadakan kajian ilmiah, pas kalah adanya pengundi hantu. blogger menulis yang kalah hanya pengundi hantu hanya diterengganu dinegeri lain pas pun berhadapan dengan pengundi hantu tapi tetap menang, kenyataannya blogger disokong oleh pas reform, pas reform mahukan egm pas reform mahukan pas berubah. semuanya salah pemimpin pas terengganu terutama stopa ali, abu bakar chik, harun taib dan yang paling hebat ditentang adalah haji hadi. projek melanggar haji hadi telah diwar warkan, kutip derma jual baju, hebat betul perancangan mereka, akhirnya ketua mereka kena langgar dengan polis, sampai dah masuk mac 2010 pun masih belum berlaku projek melanggar, atau ketua melanggar tunggu untuk melanggar sungai buluh.


Hari ini dua tiga hari lepas, Parti keadilan rakyat telah dikejutkan dengan keluarnya mp bayan baru, mp bagan serai dan juga mp nibong tebal, mereka telah keluar parti PKR dan bertukar rupa menjadi MP HANTU, kenapa blogger tidak menyedari hakikat bahawa MP hantu boleh bertukar, dimana strategi canggih mereka untuk menghalang mp mp hantu ini bertukar wajah dalam sekelip mata, blogger tidak mempunyai maklumat dalaman Pkr sebagaimana ada maklumat dalaman parti islam semalaysia. Dalam pas rupanya ramai pemimpin yang boleh berkongsi maklumat rahsia parti, rupanya pas menyimpan pemimpin pemimpin yang tiada sikap amanah dalam menyimpan rahsia parti, sebagaimana hassan ali mendedahkan rahsia parti kepada blogger umno walaupun seorang sahaja blogger umno. kalau hassan ali dikatakan menjadi pemimpin pas yang mendedahkan rahsia parti, bagaimana dengan pemimpin yang bermuka lebai tetapi hati zionis, sanggup memberikan rahsia parti kepada blogger untuk ditulis dilaman masing masing. apakah ini yang ditarbiyyah dalam pas, atau tak apa boleh dimaafkan.


apakah tindakan blogger yang dulunya mengaum bagaikan singa kelaparan bila masa pas terengganu mengatakan pas terengganu kalah kerana pengundi hantu, kenapa blogger sekarang sepi tidak mengulas kehadiran kehadiran mp mp hantu. mp mp hantu akan berkeliaran dengan memperolehi gaji yang lumayan upah yang boleh anak cucu cicit mereka hidup senang lenang, apakah strategi blogger untuk menghalang mp mp hantu ini terus berubah rupa bila bila masa.


mp mp hantu ini berupaya membuatkan umno kembali memperolehi undi 2/3 dari ahli parlimen, bagaimana blogger mahu menghadapi keadaan ini, dimana ngauman singa dulu tak akan dan jadi rengekan kecil kucing siam yang dibelai. undi pakatan rakyat dalam parlimen semakin mengecil dan akan terus kecil apabila ahli mp mp pakatan rakyat terus berubah menjadi mp mp hantu. utarakan strategi blogger dalam untuk menghadapi mp mp hantu berubah wajah, apakah pas reform sudah kekeringan idea, atau wang dibayar dah habis, bagaimana dengan wang derma yang disumbangkan, wang derma boleh disalurkan terus kepada blogger pas reform supaya kembali beroperasi dan mengeluarkan idea idea yang canggih dalam menahan pengeluaran mp mp hantu ini.
mungkin sehari dua lagi ada juga mp mp dari pas dan dap akan menjadi mp mp hantu sebagaimana ramalan dari blogger. blogger biasanya mendapat maklumat dalaman dari pas tak akan blogger tidak boleh menyiarkan nama mp mp dari pas yang akan menjadi mp mp hantu. mesti gegap gempita dunia politik dan kenapa setiap kali keluar parti baru ada kenyataan yang mereka ini iaitu mp mp hantu ini dah lama mengkhianat parti, kenapa blogger tak mendedahkan terus nama nama mereka. atau hanya persepsi ataupun hanya fitnah kepada mp mp pas. susah sangat ke nak sebut nama mereka yang akan menyeberang. aku cukup benci bila ada mp mp hantu yang keluar parti mesti ada suara suara yang mengatakan bahawa mereka ini dah lama mengkhianat parti, berebut jawatan, tidak perform dalam menguruskan pengundi mereka, rakyat tidak diperlukan. kenapa sebelum keluar dari parti mereka tidak dilaungkan dalam media blog yang amat berkuasa sekarang. atau hanya fitnah?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP