welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, March 26, 2010

bermalam di negeri serambi mekah

tiada kepanasan yang timbul, aku tak jumpa apa yang dicari, mungkin salah tempat, salah direction kerana aku bukan wartawan, aku bukan boleh claim dengan harakah kalau aku ada berita, aku hanya bersandarkan dengan wang yang ada dalam saku, kalau kurang terpaksa balik awal sebelum dapat apa yang dihajati. datang ke kelantan bukan untuk dapatkan gambar kereta tok guru, bukan nak dapat berita yang boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah pas, aku hadir kerana aku sayang negeri ini, sayang kerana diperintah oleh ulamak. bukan ulamak kepala lutut. aku mencari kebenaran, aku tiada connection disini, lagipun aku tak suka dapat sesuatu atas pertolongan orang lain, apa yang nak aku dapat aku kena cari sendiri, tak dapat kembali ke tempat biasa dan yang penting aku dah tahu sedikit dari tiada langsung.


tiada yang banyak berlaku disini, malam malam seperti malam biasa, suasana tetap sejuk, suasana malam yang dingin, cuma terdengar sorakan dari pengunjung program maksiat yang datang bertandang di serambi mekah. Jomheboh akan terus bersiaran disini sampai keesokkan harinya. muda mudi banyak yang hadir bersama pasangan masing masing, inilah yang ditakuti oleh ulamak ulamak. banyak maksiat yang akan berlaku daripada kebaikan yang ada dalam program seperti ini, semoga tidak banyak pencemaran maksiat berlaku di negeri serambi mekah.


gerai-gerai makan meriah sekali, orang ramai masih mengunjungi kerana esok masih lagi bercuti di negeri serambi mekah. pusat pusat membelibelah yang tersergam megah terus menerima pengunjung. ditengah bandar kota bharu tersergam pusat membelibelah yang terkenal, dihujung jambatan yahya petra adalah lagi pusat membeli belah yang berasal dari negeri perancis, apakah yang menyebabkan pelabur datang membuka pusat membelibelah dinegeri yang dikatakan miskin di malaysia.apakah ilusi yang digunakan oleh tok guru sampaikan pelabur berani melabur di negeri miskin. dinegeri kaya seperti terengganu, tiada banyak pusat membeli belah seperti ini kecuali terdapat 2 di tengah bandar. sering menyesakkan trafic apbila cuti sekolah, cuti umum dan kelepasan am.


aku bergerak ke wakaf cik yeh, suasana dia berbeza sedikit dengan ditengah bandar, inilah tempat bertemunya pemborong dan peruncit. wakaf cik yeh dikenali tempat pemborong melakukan urusan jualbeli, suasana sibuk dengan lori dan juga kereta. orang sini kata dalam pulul 3 atau 4 pagi akan lebih sibuk suasananya kerana lori lori dari thailand akan datang membawa barangan akan sampai ke wakaf cik yeh. hebatnya negeri serambi mekah. semua datang mencari rezeki dan bertemu disatu tempat. semua barangan boleh didapati disini kecuali mak dan ayah sahaja. apa yang saja diperolehi dengan harga yang agak murah. semoga allah terus merahmati negeri serambi mekah ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP