welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, March 25, 2010

beli kapal korek

Mb terengganu mat said akan membeli sebuah kapal korek yang berharga 8 juta. ini akan menjimatkan wang kerajaan kata beliau. kerajaan terengganu terpaksa membayar 5 juta setahun kepada pihak swasta kerana mendalam sungai sungai terengganu yang menjadi cetek setiap tahun. muara muara sungai di negeri terengganu akan menjadi cetek setiap 6 bulan selepas projek mendalamkan berlaku.

apakah mat said telah berfikir panjang untuk melakukan pembelian kapal korek ini, apakah kerajaan mempunyai kepakaran melakukan pengorekan. atau selepas beli kapal korek ini akan tersadai di bawah pokok ditaman syahbandar kerana tiada siapa yang mampu menggerakkan kapal korek yang mat said nak beli. atau projek membeli kapal korek adalah untuk menolong kroni yang ketandusan wang untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang. mahu tidak mahu mat said terpaksa mewujudkan satu projek yang akan mengaburi mata rakyat.

memang dari segi logiknya kerajaan dapat menjimatkan berjuta ringgit dalam masa setahun apakah mat said tahu yang mesin mesin ini mempunyai jangkamasa hayat, nanti perkara sama berulang seperti kereta perdana yang dibaiki lebih mahal daripada beli baru. perkara perkara ini akan terjadi jika sekiranya dibawah kelolaan pejabat negeri terengganu. yang membaiki terpenjara dan yang membaham duit komisen terlepas tersenyum nampak gigi kekeyangan. atau projek ini akan menjadi projek gajah putih seperti projek cas ligas dibawah kerajaan bumi besut deris. selonggok bas yang dibeli tidak dapat digunakan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP