welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, February 5, 2010

Tumpuan seluruh dunia (kes lewatttt) - mengalihkan tumpuan

Sudah dua hari kes anuar berahim dibicarakan di mahkamah tinggi, kelucahan melampau telah dipamirkan, suratkhabar begitu laris dipasaran, blog semakin tinggi hitsnya, semua menumpukan segenap tenaga untuk memberikan laporan mengenai kes ini. Parti pembangkang terus memberikan tumpuan kepada kes ini, pelbagai cara berita dihidangkan, utusan malaysia seperti biasa akan melancarkan serangan seperti arahan yang telah diberikan. Perkataan lewat menjana lebih dari sejuta dalam masa seminit, carian kepada perkataan ini begitu hebat. serangan serangan hacker telah bermula kepada laman-laman sesawang pembangkang, harakah daily telah berlaku, tranungkite telah menjadi terlebih hits, internal error. inilah yang dikatakan beberapa mingggu yang lalu tentang hacker dari india. Semalam JARING menerusi ceo telah menafikan arahan memlambatkan line untuk mengaxcess laman sesawang.
Mahkamah akan bersambung hari ini, dan berita ini akan menghiasi berita terkini, hangat dan paling meloyakan pada tahun ini, tidak pernah sebelum ini, kes seperti ini boleh dilakukan kembali demo untuk para-para hakim meneliti fakta-fakta kes, pihak pembela anuar berahim tidak dibekalkan maklumat tentang fakta bukti dan juga saksi. Pihak pembela gagal memperolehi semua yang penting kepada kes ini. Pembela tidak diberikan lantai yang sama tinggi dan sama rendah untuk mengemukakan bukti pembelaan dengan berkesan. 12 tahun sudah berlalu, kita pasti bahawa kes ini tidak akan berulang kembali dimasa yang semakin canggih, tapi kes yang meloyakan tekak menyebutnya masih diulang-ulang. Dunia sudah maju zaman pun dah berubah tapi drama dan juga skrip lakonan tiada peningkatan langsung, penasihat dan pemain utama dah berubah, tapi genre masih sama. Apakah penasihat yang sama digunakan untuk melakar skrip ini?
Pembangkang hendaklah terus sedar dari mimpi, dari terus memberikan tumpuan kepada kes ini, umno dan bn telah dan sedang mengubat luka mereka, kes ini adalah untuk memberikan satu kesan kepada pembangkang untuk bertahan dari menyerang, kita biarkan peguambela yang bijaksana menguruskan kes ini. Tumpuan sekarang adalah terarah kepada serangan kepada barisan nasional, isu-isu perlu dihangatkan kembali supaya rakyat tidak mudah lupa, kes ini hanya untuk bentang penahan sementara bn boleh menguruskan masalah-masalah yang melanda mereka, 9/2/2010 kes Mb Perak akan berlangsung, tumpuan kepada kes ini telah berpusing 360 darjah kerana kes anuar berahim.
Isu kehilangan enjin dipandang sepi oleh blog-blog, tiada ulasan cuma mengulas kes-kes lewattt yang memualkan, Hari ini tok guru kita tok guru nik aziz telah melontarkan idea mengenai perbincangan kepada umno pas untuk sebagai strategi untuk mengalih sedikit tumpuan dari kes ini. Umno sedang bergembira kerana mereka boleh berubat dengan perasaan senang hati dan tenteram. Jangan bagi umno bergembira dengan keadaan yang menyebelahi mereka sekarang, perlu memainkan kembali gendang untuk dipalu dan kita biarkan umno menari kembali, dah dua hari pembangkang menari mengikut gendang mereka.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP