welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Saturday, February 6, 2010

Tanaman Kelapa sawit di setiu - tinjau tinjau

Dah hampir 15 tahun melalui kawasan ini untuk menuju ke ke Besut atau Kelantan, tanaman kelapa sawit ini menarik minat kerana penaman pokok kelapa sawit ini telah ditanam hampir 20 tahun lamanya, sesetengah pokok berbuah dan ada yang mandul terus, yang pastinya pokok kelapa sawit ini ditanam semasa Wan mokhtar lagi dibawah exco pertanian waktu itu, ku mahmud, tanaman kelapa sawit ini menelan belanja yang banyak, sehingga ke hari ini, tiada hasil yang dikeluarkan. Tanah yang berpasir mungkin pokok kelapa sawit tidak sesuai dengan tanah ini untuk hidup subur dan mengeluarkan hasilnya, pokok kelapa sawit ini menjadi rendang dan tidak berbuah walaupun sudah lama ditanam.beginilah pokok kelapa sawit yang sudah memakan masa berbelas tahun ditanam. dah 2 kali exco telah bertukar tapi pokok kelapa sawit masih tetap seperti yang dapat dilihat. Ini mengingatkan aku projek tanam pokok kelapa sawit dihalaman rumah. Projek ini yang menelan belanja berjuta-juta ringgit malaysia pun tidak berjaya, tanaman kelapa sawit ini dibuat dalam skala yang besar masih belum mampu memberikan pulangan yang baik, apakah projek tanam kelapa sawit dihalaman rumah akan memberikan pulangan yang baik kepada penanamnya.
Mungkin projek ini perlu di naik taraf atau ditebang dan ditanam dengan pokok kelapa biasa yang mana tanahnya amat sesuai dengannya. apakah tiada kajian yang dibuat sebelum menanam pokok kelapa sawit ini. Ini lah kegagalan projek barisan nasional yang tidak pernah dipaparkan di media masa atau cetak dah juga media elektronik.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP